Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak,
menyatakan Malaysia bukan lagi boleh dikategorikan sebagai negara
pengeluar dengan pasaran buruh yang murah. Tetapi Malaysia juga
belum mencapai status negara yang mempunyai tingkat teknologi yang
mampu menjadi penaraju sektor pembuatan. Oleh itu, usaha untuk
menarik pelabur dengan dasar kerajaan dan sektor perkhidmatan yang
cekap adalah suatu yang perlu dirombak untuk mengekalkan daya saing
Malaysia. Saya masih ingat suatu masa dulu(tidak beberapa lama),
Menteri Perdagagan Antarabangsa ketika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz
semasa memasarkan peluang pelaburan di Malaysia, menonjolkan aspek
buruh yang murah sebagai kekuatan yang ada pada Malaysia.
Berapa murah? Jawapan saya RM18 sehari. Jika dikali 26 hari bekerja
sebulan maka secara kasar pekerja tersebut memperoleh Rm468 sebulan
belum ditolak caruman KWSP dan SOCSO. Maka gaji bersih hanya lebih
kurang RM400. Cukupkah RM400 dalam kehidupan hari ini? Inilah yang
dinamakan faqir walaupun bekerja. Bayangkan berapa jam keja lebih
masa(OT) yang perlu untuk memperoleh pendapatan RM1000 sebulan?
Gaji lebih kurang RM18 sehari adalah gaji standard bagi operator
pengeluaran. Malah kebanyakannya adalah berdasarkan gaji hari, tiada
kenaikan tahunan dan tiada bonus tahunan. Saya pernah bekerja di
sebuah syarikat antarabangsa yang mengeluarkan peralatan elektronik
terkenal. Pekerja-pekerja gaji RM18 sehari ini mula bekerja pada
pukul 8 pagi, hanya rehat sepuluh minit pada waktu pagi, setengah
jam waktu tengah hari, dan 10 minit lagi pada waktu petang sebelum
balik pada pukul 5.40 petang. Dan ia selaras dengan Akta Buruh. Ada
sesetengah mereka yang nampak gah dengan kereta baru dsbnya, tetapi
hakikatnya mereka membanting tulang dan mengikat perut untuk
membayar installment bulanan.
Beberapa bulan yang lepas saya menghadiri suatu seminar, di mana
dalam seminar tersebut menunjukkan fakta bahawa sektor perusahaan
sawit merupakan penyumbang no.2 pendapatan Malaysia pada tahun 2008
selepas minyak dan gas. Dijangkakan dengan harga sawit yang
kompetitif dan penurunan harga minyak mentah, ia akan menjadi
penyumpang terbesar perolehan negara. Tetapi bagaimana dengan nasib
buruh di ladang sawit dan kilang sawit. Mereka masih lagi hidup
dalam kepompong kemiskinan. Gaji asas operator kilang sawit yang
dipersetujui oleh Persatuan Pekerja Sawit,, hanyalah RM13.50 sehari,
itupun setelah kenaikan RM1 hasil dari perjuangan belasan atau
puluhan tahun. Yang mengaut keuntungan hanya tokey2 sawit, pengarah2
agensi kerajaan dan mereka yang terlibat dengan niaga pasaran
hadapan sawit. Malah kestabilan BSKL banyak dibantu oleh pasaran
derivatif sawit. Tetapi,mereka yang benar-benar pekerja di industri
ini kekal bagai hamba abdi menanggung kesenangan mereka yang duduk
senang lenang di atas.
MASALAH BUROH ADALAH AKAR PERJUANGAN SOSIALISME YANG DIKOSMETIKKAN KAPITALISME
Kita tahu asas kebangkitan sosialisme adalah penindasan kapitalis
kepada buruh. Revolusi Bolshevik adalah lambang kejayaan mereka
dalam memperjuangkan nasib golongan ini. Tetapi mereka hanya
bertahan sekejap sahaja. Kapitalisme memasukkan konsep ini dalam
ideologi mereka. Tetapi hakikatnya, BUROH TIDAK LEBIH DARI HAMBA
ABDI BERBAYAR DALAM SISTEM KAPIATALISME.
Dalam Islam, hubungan antara pekerja dan majikan adalah menerusi
akad ijarah yang wajib dipenuhi rukun dan syarat sahnya. Dan menjadi
kewajipan negara untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua pihak ini agar
selari dengan hukum Islam. Selagi mana khilafah Islamiah tidak
tertegak, selagi itulah buruh akan menjadi hamba berbayar dan
kesejahteraan hidup dalam nauangan Islam tidak akan kita kecapi
No comments:
Post a Comment