Showing posts with label Teknologi dan Sains. Show all posts
Showing posts with label Teknologi dan Sains. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Set up Streamyx Home wifi package for amateur.

Lately, 2 persons came to me and ask about this. So , below is easy step-by-step  how to configure your home modem. Please share with others.  TQ =)
 
If it's the wifi modem from Wifi@home package, follow these steps:

1. Plug in all the cable and phone line properly.

2. Open ur browser, type 192.168.1.1. Login to the modem with tmuser as the username and password.

3. Then fill in ur streamyx login name with yourusername@streamyx, and ur password. Then save all the setting.

4. Wait for 2 minutes and close the browser.

5. Off and on ur wifi modem, wait until the DSL light stable.

Done!

Bon appetite!

Wednesday, July 29, 2009

PELIK TP BENAR

SATU KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH SEBUAH ORGANISASI LUAR NEGARA MEMBUKTIKAN LELAKI LEBIH CEPAT GEMUK SELEPAS BERKAHWIN BERBANDING WANITA. HAL INI KERANA SETIAP MALAM LELAKI DIHIDANGKAN DENGAN DUA PAHA AYAM YANG BESAR, DUA BEKAS SUSU SEGAR DAN SEKEPING APAM YANG SEGAR, SEDANGKAN WANITA HANYA MENIKMATI SEBIJI PISANG DAN DUA BIJI TELUR SAHAJA...WALAU BAGAIMANAPUN ...SEBIJI PISANG SUDAH MEMADAI UNTUK MENGEYANGKAN WANITA SELAMA SEMBILAN BULAN KERANA PISANG TERBABIT MEMPUNYAI KHASIAT SEMULAJADI YANG SUNGGUH LAZAT DAN ENAK HINGGA MENJILAT JARI...

Monday, June 1, 2009

Menyemak arah kiblat guna pensel pun boleh!! bagaimana??

Anda boleh menyemak arah kiblat anda secara langsung di tempat anda sendiri pada:
28 Mei 5.16pm atau 16 Julai 5.28pm (waktu Malaysia). kenapa pada saat ini?
ini kerana hanya 2 waktu ni sajela matahari berada betul2 di atas Kaabah..
untuk maklumat lanjut, layari link di bawah ini untuk mengetahui cara2 mencari arah kiblat di tempat anda sendiri.



p/s: keje makin banyak menjelang 1 Ogos 2009..Astaghfirullah...

Tuesday, May 5, 2009

Apa itu anti-oksida ?

Pengoksidaan adalah proses semula jadi dalam tubuh. Umumnya, tumbuh-tumbuhan akan melepaskan oksigen untuk digunakan oleh manusia. Manakala manusia pula akan melepaskan karbon dioksida untuk digunakan oleh tumbuhan.Bagaimanapun, gaya hidup dan keadaan persekitaran yang tidak sihat seperti merokok dan pengeluaran asap berlebihan telah menyebabkan tubuh kita cepat kehilangan vitamin penting yang menjadi agen anti-oksida. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan sel-sel dalam tubuh.Sikap tidak gemarkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut menyumbang kepada masalah kekurangan vitamin yang teruk. Jadi untuk mengatasi kekurangan vitamin ini, penggunaan pil adalah penting terutama vitamin C dan E. Kedua-duanya adalah penting sebagai agen anti oksida yang menghalang pembentukan radikal bebas.Pembentukan radikal bebas ialah kesan sampingan fungsi mitokondria yang tidak dapat dielakkan, tetapi penghasilan ini turut mempengaruhi mutasi mitokondria (pembahagian mitokondria tidak normal)Mutasi meningkat mengikut peredaran masa, akibat toksin pada persekitaran, radiasi, penyakit berpunca daripada bahan kimia, bahan tambahan di dalam makanan dan kemungkinan tekanan emosi. Apabila mutasi banyak berlaku maka banyaklah DNA mitokondria yang akan rosak, hasilnya menyebabkan kerosakan dan kematian sel.
_
_
p/s:dgr tu murid2..=p

Thursday, April 23, 2009

Lubang gergasi aneh di angkasa



Misteri: Lubang gergasi aneh di angkasaKekuatan graviti ‘luar biasa’ boleh sedut apa saja mendekatinyaMISTERI lubang hitam yang bertebaran di angkasa lepas dikatakan menyamai konsep kejadian aneh yang berlaku di Segitiga Bermuda apabila kapal atau kapal terbang yang melintasi kawasan perairan itu ghaib secara tiba-tiba.Bagaimanapun, lubang hitam seumpama lubang gergasi, saiznya lebih luas daripada matahari serta terawang di angkasa menyedut apa saja yang mendekatinya termasuk planet. Malah kekuatan sedutannya menyebabkan cahaya yang tidak memiliki jisim juga tidak mampu melepaskan diri.Misteri yang menyelubungi kejadian lubang hitam itu bagaimanapun hanya mampu dikaji dari jauh lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia nyata masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang itu.Menggunakan teleskop dan pengamatan terhadap bintang yang disesuaikan pula dengan pelbagai hukum fizik yang berlegar sekitar bumi, pelbagai teori dikemukakan bagi mengisi kekosongan pada ruangan jawapan yang dicetuskan misteri alam itu.Antara teori diterima pakai ahli astronomi adalah teori yang sama digunakan alat penyedut hampa gas - kekuatan lubang hitam terjadi berikutan tarikan graviti dalam lubang itu adalah kuat berbanding tarikan sekelilingnya. Justeru, apa saja yang menghampirinya akan disedut.Bagaimanapun, kekuatan gravitinya ‘luar biasa’ dan amat dahsyat. Dikatakan jika kekuatan graviti itu wujud di bumi, ia akan memampatkan saiz planet ini menjadi sekecil bola yang berjejari sekitar satu sentimeter.Teori lubang hitam sebenarnya dikemukakan lebih 200 tahun lalu. Pada 1783, ilmuwan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya lubang hitam selepas beliau meneliti teori graviti Isaac Newton.Beliau berpendapat jika objek yang dilemparkan tegak lurus ke atas akan terlepas dari pengaruh graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih 11 kilometer perdetik, maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki graviti lebih besar daripada bumi. Bagaimanapun, perkataan ‘lubang hitam’ pertama kali digunakan ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat kerana cahaya turut disedut ke dalamnya sehingga kawasan sekitarnya menjadi gelap.Menurut teori evolusi bintang, asal lubang hitam adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan melebihi 25,000 darjah Celcius. Ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yang memakan waktu kira-kira 10 juta tahun selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.Kemudian, bintang itu menjadi dingin dan bertukar kepada bintang merah raksasa. Dalam fasa itulah, akibat tarikan gravitinya sendiri, bintang merah raksasa mengalami ledakan dahsyat atau disebut Supernova dan menghasilkan dua jenis bintang iaitu bintang Netron dan lubang hitam.Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih dari satu dekad menunjukkan kekuatan tarikan graviti lubang itu menyebabkan ada bintang yang hancur dan ditelan olehnya.Sebelum ini, ahli astronomi sudah melihat bagaimana lubang hitam menyedut gas yang berterbangan di sekitarnya. Gas yang disedut itu menjadi panas sehingga memancarkan radiasi dalam pelbagai panjang gelombang, mulai daripada gelombang radio hingga gelombang cahaya tampak dan sinar-X. Berdasarkan pengamatan, ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, pernah melihat sebuah bintang yang mendekati lubang hitam raksasa akhirnya lesap ditelan lubang itu.Lubang hitam raksasa yang dilihat itu berada di pusat galaksi RX J1242-11 yang jaraknya dianggarkan 700 juta tahun cahaya dari bumi. Bintang yang disedut lubang hitam itu pula memiliki ukuran sebesar matahari sistem suria kita. Bintang itu hancur sedikit demi sedikit dan disedut ke dalam lubang itu selama beberapa hari. Pada peringkat awalnya, bintang itu kehilangan gas yang berada di sekelilingnya.Selepas itu, bintang itu menjadi panas hingga jutaan darjah Celcius dan hilang ditelan lubang hitam. Dalam proses itu, ia melepaskan tenaga yang kuat iaitu setara dengan tenaga yang dihasilkan pada ledakan Supernova.Ahli astronomi mengesan kedudukan lubang hitam dengan memperhatikan cahaya di sekitar bintang ataupun gas di angkasa. Apabila di suatu tempat itu tidak ditemui cahaya tetapi di sekitarnya terdapat banyak objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum hilang, maka titik berkenaan ditandakan sebagai lubang hitam.Terdapat banyak lubang hitam di seluruh semesta malah ada teori yang mengatakan di galaksi Bima Sakti ini juga terdapat sebuah lubang hitam. Justeru timbul persoalan sama ada matahari kita dan planet yang mengelilinginya termasuk bumi akan disedut lubang hitam itu?Ahli astronomi memberikan jawapan, ‘tidak’ kerana berbanding galaksi lain, lubang hitam di Bima Sakti dikatakan dalam keadaan tenang disebabkan sedikit saja objek sekitar yang disedutnya. Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik minat ahli astronomi sehinggalah satu jawapan yang benar diperoleh. Selagi manusia belum mampu menjelajah jauh ke luar angkasa, selagi itulah jawapan itu gagal diperoleh dan pelbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan bagi ‘menyelesaikan’ misteri alam itu.Fakta: Lubang HitamTurut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’.Kewujudannya dikesan pada 1783 oleh John Mitchell.Luasnya melebihi saiz matahari.Menyedut apa saja di sekelilingnya termasuk bintang dan cahaya.Teori sedutan akibat tarikan graviti di lubang hitam lebih kuat dari kawasan sekitarnya.Teori menyatakan ia berlaku akibat letupan Supernova bintang merah raksasa.

Friday, March 20, 2009

"Undo Send" - New from Gmail Lab

Adding to its arsenal of features that can save you from yourself, Google is launching a Gmail Labs feature called "Undo Send," that lets you abort the sending of any Gmail message--if you use it within five seconds.


Get back to where you once belonged.

(Credit: Google)
Other user-preservation features already available include Gmail's capability to watch for words like "attached" in the body of an e-mail and to alert you if there are no attachments to the message; and a feature in Google Apps (the corporate version of Gmail) that puts orange borders around the names of e-mail recipients that are not inside your company--to alert you to not send confidential information where you shouldn't.

Also, last year Google launched the "Mail Goggles" Labs feature that prevents you from sending e-mails during the small hours of the morning unless you pass a simple math test. It's designed to prevent drunk e-mailing.

Undo Send is a much smarter feature. We've all regretted pressing "send" on e-mails. Sometimes we realize, too late, that our message is a "reply all" when it shouldn't be. Or that we spelled something wrong. Or that we were angry and shouldn't have sent it at all. Undo Send lets you snatch an e-mail back before it gets sent out. But you have to act fast.

Google product manager Keith Coleman told me that internal testing of the feature, which was created by a Google engineer in Japan as a side project, indicated that five seconds was an appropriate compromise between the ability to recall an errant message and the need to not introduce lag to e-mail conversations. "Adding a delay could be potentially frustrating," Coleman said. I'm not sure the rest of the world is as agile with the mouse as Google's internal testers, but Coleman also told me there's an option to increase the un-send time window to 10 seconds. "We may decide to add longer options," he said.

I'm one person who'd like the option to introduce a longer waiting period, or an "outbox" where queued messages reside for a minute or two before being sent. This is what I do with my desktop e-mail client, Outlook, and Gmail users can get a similar function if they switch to offline mode before they start composing messages. But for most users, who run Gmail in online mode, Undo Send is a good emergency valve.

To activate the Undo Send option, click on "Settings" in Gmail and then the "Labs" tab.



source: http://news.cnet.com/8301-17939_109-10200370-2.html


p/s:canggeh ooo skrg..


Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Thursday, March 19, 2009

Kenyataan Datuk Shahrukh Khan di India Today

Mumbai, 19 Mac: Datuk Shahrukh Khan memberitahu
India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita
bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari
bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita
di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali.
Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."Ketika
ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan
dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang
mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka
tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha
kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan
berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan
kepakaran berbahasa Melayu.Beliau juga menyatakan
harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali
Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti
Melayu itu."Memang saya sependapat dengan KuLi,
kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding
seperti juga salah menghalangnya daripada membuang
undi (dalam pemilihan Umno)."Datuk Shahrukh Khan
yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri
dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang
juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya
sebagai Ketua Menteri."Masih banyak lagi tokoh
Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan
baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut
diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan
Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran
selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin
akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi
saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar
Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang
dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah
daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya
terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah
didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."India Today
dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon
popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati
bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang
membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang
didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.
"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu
saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini,
meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana.
Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri
Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah
membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan."
Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan
pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul
'Ama Apa, Scapegoat'."
* Ini hanyalah satira, kalau kau percaya tak tahulah nak cakap apa lagi!
Posted by Faisal Tehrani at tehranifaisal.blogspot.com
p/s:memang pedas la bro..baek punye..
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia