Showing posts with label Kitaran Hidup ku. Show all posts
Showing posts with label Kitaran Hidup ku. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Syaaban Syaaban Syaaban....

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

InsyaAllah, dengan itu bulan ni akan menjadi sasaran aku melatih diri dari segi zahir dan batin sebelum kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah aku sudah memulakan langkah dgn puasa sunat. InsyaAllah aku cuba nak khatam Al-Quran dalam bulan ni jgk..Kebetulan bulan Julai dan Syaaban mempunyai hari akhir yang sama.. Disini akan aku kongsi artikel dari sahabat Muslim yang lain mengenai Kelebihan Syaaban .Terima Kasih WarmFuzzy .Sila klik sini




Kelihatan blogger menyirami teh pekat likat kelat dari Cameron Highland di Cameron Highland. BON APPETITE!






Saturday, December 25, 2010

New Things on the block!

Semalam jalan2 kat e@curve, pas tgk citer Gulliver's travel (its a good movie), gi lah jalan2 cari pasal the curve la, ikano la, ikea la bla bla bla la kan... ini je barang yg sempat grab dan dirasakn amat diperlukan..haha..kecuali selipar dunlop dan L key satu set tu..

item no. 1 - mini vacuum for lappy
rege-15 hingget
* siap ade mini lampu..so clear skit la..

item no.2 - sleep mask
rege - 8.90 hingget!


item no .3 - kasut keroje primavera leather and flip
rege - 2xx.xx ...haha
(segan nak tulis, xde la canggeh mana pun)


item no.4 - set L key yang mantap..ini sure tak hilang dah siap ikat lg mcm pisau lipat.
stail lama yang gantung2 ni,senang nak hilang.ade ke ikat guna spring je?..
What the tuuut!

item no.5 - sandal dunlop
rege- 7.90 hingget!
* tak sangka ,company tayar ade buat bisnes jual selipar dah,sebab dah tak laku jual tayar ke?
ahaha
itu saja.sekian sudah.jumpa lagi..osakini shitsureshimasu!





Thursday, November 4, 2010

Labaikallahumalabbaik...Berangkatlah tetamu Allah

diperkarangan rumah Pndak&Mndak
berdoa sebelum berlepas

takbir dan tetamu Allah berangkat ke rumah Pteh&Mteh
berdoa sebelum berangkat
berdia beramai2

takbir sebelum naik kereta ke KTH, Kelana Jaya
Pteh m'ambil bag dan registered tag
bergambar bersama kakak
nenek dan nenek saudara = besan utk kedua2 pkteh mteh = kawan sekolah rendah

bersiap2 utk menangis dan bersalam2an
tahan air mata utk sesi mengambil gambar
tetamu Allah,
di saat melihat pemergian ayah dan emak
si arpan ni sedih bukan sebab pakcik2 makcik nak gi haji, tapi
tak dapat belon je..hehe

lepak minum2 yamca di sebelah KTH,
sambil borak2 dan tgok semi final N9 vs Johor PG

InsyaAllah, semoga Pndak&Mndak dan Pteh&Mteh mendapat haji yang mabrur, sihat tubuh badan dan mendapat amal yg maksima serta pengalaman yg tidak boleh dilupakan sepanjang hayat. InsyaAllah..







Thursday, August 12, 2010

Ramadhan datang lagi..

Ramadhan dtg lg dengan seribu krinduan di semua jiwa umat iSlam yg beriman kepada Allah. malam pertama je dpt singgah ke masjid utk terawih..tp 2 malam buat sendiri di rumah..akibat kesuntukan masa. biase la dtg pd malam pertama ke masjid. amik feel kate orang,dgn ramainye orang.. bapak2 nye, anaknye2, mak2 nye, anak2 darenye..hikhik.isk isk pose2.. kena jaga mata. bukan mate saje kena jaga, hidung mulut, telinga semua kena jaga..kalau ana, kena extra satu lg, jaga perot..maknenye jaga makan la..kalau x, perut pun mcm malek noor nt..payah.. =P

tidak berniat nak tulis panjg2, tp sekadar membangkitkan rasa rindu utk berblogging yg telah lama tinggal..kenarana kesuntukan masa.. insyaAllah,akan singgah lg disini diblog yg sudah 7 tahun berkumandang di corong2 mata utk membaca.. sekian..

Friday, June 11, 2010

Lagu ini yang terngiang2 dalam mimpi dan sedar ku sejak terdengar utk kali pertama!

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

p/s: sesungguhnya aku insaf Ya Allah... mimpi azab Allah depan mata meruntuhkan keangkuhan aku selama ni lagha membuat perkara lain..subhanallah

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

selamat menyambut kedatangan Ramadhan!
Perbanyakkan lagi amalan2 sunnah di waktu malam.
insyaAllah Semoga Allah mencucuri rahmat semua hamba-Nya.
Amiin..

p/s: duit xde nak beli baju raye..=(

Monday, July 13, 2009

Sukiyaki..sob sob

Last week, last klas 1st term aku untk nihonggo...
tapi kebanyakan student klas aku sumenye sambung ke 2nd term..termasuk la aku..
ade 2 3 orang je yg tak smbung..sbb ksuntukan mase.bukan sbb tak boleh catch up care die belajar..yela,rush n terkejar2 nak ke kelas..aku pun selalu rush nak gi kelas sbb jam teruk giler kat federal highway..tp sensei aku ni sgt la sweet..die taknak yg student2 yg tak sambung tu,rase mcm tak best, so die bagila satu lagu yg agak2 hiba+terharu...sbb aku dgr melodi lagu ni pun, hiba gak... bile bace lirik lagu ni, confirm hiba...sbb lagu ni mengisarkan zaman perang jepun dulu...kunun2 nye kisah ttg askar jepun yg baru balik perang yg mjadi ilham untuk pencipta lagu ni, mencipta lagu ni menjadi terkenal seluruh dunia...aku tak tipu...bayangkan,byknye maksud lagu ni dalam bahasa latin dan tamil mase googling.. untuk tatapan umum, Saje nak aku share something tentang lagu ni...memang best la...
_
_
Ue wo muite
arukou.
Namidaga koborenai youni
Omoidasu, haru no hi
Hitoribocchino yoru.

Ue wo muite
arukou.
Nijinda hoshi wo kazoete
Omoidasu, natsu no hi,
hitoribocchino yoru.

Shiawase wa kumo no ue ni,
Shiawase wa sora no ue ni.

Ue wo muite arukou.
Namidaga koborenai youni
naki nagara,
aruku, hitoribocchino yoru.

Omoidasu, aki no hi,
hitoribocchino yoru.

Kanashimi wa hoshi no kageni,
Kanashima wa tsuki no kageni.

Ue wo muite arukou.
Namidaka kobore naiyouni,
Naki nagara, aruku,
hitoribocchino yoru.

Hitoribocchino yoru
p/s: lagu korang download sendiri..=p

Sunday, June 21, 2009

tandusnye...

Dah lame aku tak update...actually byk peristiwa yg terjadi..tp setiap kali aku asyik terlupe nak amik picture...lupe2,terus tak jenguk blog sendiri..ketandusan entry baru gamaknye..xpela..aku cube masukkan entry2 baru,insyaAllah...nak tgok blog sayang ku pun,dah tak boleh...die dah tukar url blog die...katenye nak tgok blog,baru bgtau..malas betul aku..in the 1st place,kalau die nak bgtau aku,bgtau jela..aku bukannye orang lain pun...tp xpela..hak die...kalau aku nak tgok,aku minta la..kalau x,malas sungguh...bace jela blog yg sedia ade dan boleh bukak terus...selalunye aku selalu blog saudara FT, tp skrg ade blog baru aku yg perlu tgok.. blog kepunyaan si mama yg tak jemu berlari..layari blog ini.. http://runningmom-haza.blogspot.com/ -(ceh promote blog orang pulak)...blog ni mcm menarik..sbb nye...
korang bace jela nanti...
dah 3 minggu berturut2 aku turun melaka. penat tak penat la tapi mcm bosan pulak.. cume minggu lepas gi sana mcm best..sbb dpt mkn free..pas ade presentation ngan bos pasal NHC,
terus gi bandar melaka, untuk dinner kat century mahkota..kenyang pun kenyang..tp aku sorang je budak PJ(kecuali si YB tu)...yg lain tu mcm,maaf bukan tak suka tp tak same kepala..kitorang mmg baek..mmg baek tp ,cite berkaitan dgn keje je..xde la nak merapu pasal benda2 lain.tp nak wat cemane,satu dept kan..may be korang tak faham..meh aku cite skitla.. hanya dept aku je mempunyai 2 opis,satu di Melaka sendiri ,satu lg kat PJ. maka ada 2 team la.. so nak taknak kena mingle2,untuk kebaikan jangka masa panjang...bukan orang lain pun,kwn sekerja satu dept...kena baek2 selalu..insyaAllah la,sampai bile2 pun akan baik...

Monday, June 1, 2009

Menyemak arah kiblat guna pensel pun boleh!! bagaimana??

Anda boleh menyemak arah kiblat anda secara langsung di tempat anda sendiri pada:
28 Mei 5.16pm atau 16 Julai 5.28pm (waktu Malaysia). kenapa pada saat ini?
ini kerana hanya 2 waktu ni sajela matahari berada betul2 di atas Kaabah..
untuk maklumat lanjut, layari link di bawah ini untuk mengetahui cara2 mencari arah kiblat di tempat anda sendiri.



p/s: keje makin banyak menjelang 1 Ogos 2009..Astaghfirullah...

Friday, May 29, 2009

Ranap 5 minit



Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Salman Hamat, Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Shanty Nur Shaffizan Shafeeam@hmetro.com. my



PETALING JAYA: Seorang pekerja yang terselamat dalam kejadian pasar raya lama runtuh di Seksyen 14 di sini, petang semalam terpaksa berlari sekuat hati apabila melihat dia seolah-olah dikejar runtuhan struktur bangunan ketika menyelamatkan diri.Pekerja kontrak terbabit yang dikenali sebagai Adi, 30, berkata beberapa minit sebelum runtuhan, dia keluar untuk membeli air bagi menghilangkan dahaga di gerai berhampiran.Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba bangunan itu bergegar apabila melihat bangunan di belakangnya runtuh.Dia berkata, struktur bangunan yang runtuh itu seolah-olah mengejarnya dari belakang sebelum runtuh keseluruhannya.
“Ketika menyelamatkan diri, saya sempat melihat seorang pemandu jengkaut yang berada di tingkat atas bangunan cuba melompat menyelamatkan diri. Dia tidak sempat melarikan diri apabila mati dihempap runtuhan konkrit,” katanya.
Sejurus keluar dari bangunan berkenaan, dia berkata, satu lagi runtuhan susulan kuat meranapkan bangunan usang yang berusia hampir 30 tahun itu.“Apa yang saya tahu kerja merobohkan bangunan pasar raya lama itu sudah dilakukan sejak 20 hari lalu menggunakan lima jengkaut.“Ketika kejadian, kira-kira 10 pekerja sedang memasang perancah dan jaring keselamatan di bangunan berkenaan. Saya tidak pasti sama ada mereka sempat melarikan diri atau tidak,” katanya yang dalam keadaan terkejut ketika ditemui.Menurutnya, runtuhan struktur bangunan terbabit berlaku berturut-turut selama lima minit sebelum bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.Seorang lagi mangsa yang cedera dan berjaya diselamatkan, Sale, 48, berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat sebelum lantai tempat dia berada runtuh.Katanya, dia cuba menyelamatkan diri, tetapi runtuhan itu menghempap kaki kanannya menyebabkan dia tidak mampu bergerak.“Saya bernasib baik kerana sempat ditemui pasukan penyelamat beberapa minit selepas kejadian,” katanya yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Syawal Mohd Ismail, 45, menyifatkan runtuhan itu amat dahsyat dan tidak ubah seperti gempa bumi.Katanya, ketika itu, dia minum di kedai berhampiran apabila terdengar bunyi jentera pemecah konkrit bekerja di bangunan yang dahulunya menempatkan sebuah pasar raya terkenal itu.“Bagaimanapun, pelanggan kedai tiba-tiba gempar apabila terdengar bunyi dentuman kuat disusuli goncangan gelas dan pinggan dalam kedai.“Saya segera keluar dari kedai dan tergamam apabila mendapati habuk tebal berkepul naik ke udara di sekeliling bangunan berhampiran.“Keadaan menjadi kelam-kabut apabila puluhan pekerja di bangunan itu bertempiaran menyelamatkan diri manakala beberapa pekerja lagi didapati berada dalam bangunan,” katanya yang menganggap kejadian berlaku dengan pantas.Dia berkata, runtuhan itu menyebabkan kawasan sekeliling diselaputi habuk tebal umpama jerebu.Setakat ini, tiga mayat sudah dikeluarkan dari tempat kejadian, dua parah manakala pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan lima lagi pekerja kontrak yang terperangkap.Mayat pertama dikeluarkan kira-kira jam 5.45 petang, mayat kedua jam 10.20 malam dan mayat ketiga 1.10 pagi.
_
_
p/s:untuk pengetahuan korang,sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, aku dan si 2 Hafiz selalu je park kat tepi jalan depan bangunan nih,sbb lunch kat belakang Digital Mall.Even mase hari kejadian tu pun,kitorang lunch kat situ..syukran yazilan takde ape2 jadi mase park kat situ! Alhamdulillah...

Wednesday, May 27, 2009

Barca yang berhak!


Minta maaf la kawan2..aku tidak memihak pada mana2 lawan semalam.. niat menyaksikan final champions league semalam atas dasar untuk melihat aksi2 world class player seperti messi, ronaldo,eto'o, henry,xafi hernandez dan iniesta..kedua2 team memang layak berada di final berdasarkan aksi semi yg lepas.tp untuk aksi final, bak kate xavi," pasukan yg menguasai bola lah berhak menang"..dan terbukti barca berhak berdasarkan kaca mata hati aku pada match final haritu..


Kesilapan pertama yg fergie dah buat ialah tidak menurun scholes sebaliknya anderson. kedua, terlalu lambat menukarkan ryan giggs dan yg ketiga michael carrick tak perform dgn baek..Anda harus ingat key player seperti ronaldo dan rooney baek messi atau eto'0 sekalipun, akan diikat dan dikawal sepenuhnya dalam perlawanan2 seperti ini..
so pemain seperti carrick, fletcher even nani sekalipun mesti diberi peranan untuk membantu key player pasukan mereka.


Sambil berbisik "hai,bos lame..masih ingat saya?.. sy pernah bermain untuk pasukan anda musim lepas"

Kredit to pique! siapa pique? kalau korang tak tahu, mamat nilah satu2nya player pinjaman yg menang champions league dgn ManU season lepas. mamat ni adalah player of the day.. dia dpt menghidu bau2 bola yg cross ke gawang barca, dan tunjang utama benteng terakhir barca!


p/s: komen di atas adalah pandangan peribadi..masuk telinga kiri,keluar telinga kanan k! have a nice day!(dah 2 hari aku peram post ni..baru skrg dpt post)

Saturday, May 16, 2009

Nasi Ayam Madu jer? Arsenal yg hanco?

Alhamdulillah..dah 2 hari balik dari kerja,smpi rumah puku 10 mlm..
makan pun lambat..tp semalam dpt jgk pergi pasar malam dekat2 rumah..ahli keluarga yg lain dah pergi jalan2 ke Penang..pegi pun sbb ade memenuhi jemputan kahwin anak buah yande. dan terus gi jalan2 kat sana..esok baru balik.. diajaknya aku tp,isnin aku tak cuti..mcm agak rushing jgk la kalau aku ikut sekali.. xpe2 yg penting dinner aku sangat2 menyelerakan.. nasi ayam + keropok leko + kepak ayam..Fuh.. 1st time aku post pic ape yg aku makan..sori la kawan2 kalau tertengok pic nih...sambil2 makan tgok game "arsenal si penempak meriam vs man U si tukang kayu".. sedih la aku tgok arsenal main semalam..seminggu dua ni setiap kali aku tgok arsene wenger kat kaca TV, mesti aku nak angkat jari tengah..menyampah pulak..serius aku kecewa.. game yg arsenal cube tonjolkan semalam is "Predictable"..tau tak ape maksud "preditable" tu?..
maksudnye mankayu dah boleh predict almost sume pergerakan ..tak kisah la dari shot passing,cross 1 2 dan etc..sedih dowh..byk sebab arsenal sejak 3 musim kebelakangan tidak byk berubah terutama musim nih.. yg pertama :
1 - tiada satu pemain langsung dalam arsenal yg boleh control game atau bace game sepenuhnye..maksudnye mcm hold bola,pegang bola lama skit..contohnye mcm Patrick Vieira atau Emmanuel Petit ..my true legend!
2 -tiada pemain (sehingga malam td) yg menunjukkan individual skill yg kalau tgok memang "
wow" la..mcm berbatov ,diego,robinho or even si pakcik maldini! harap arshavin sorang pun tak boleh gak..
3 - tak kreatif..acttack la byk mane pun tp sukar sbb opponent dah tahu ape yg korang nak buat.
4- arsene selalu memikirkan barisan mentah skrg la barisan yg akan terus menonjol dan kekal..kununla flamini and Hleb yg ditanang dan di latih beberapa tahun,akhirnya telah dijual ke kelab lain..hampeh sungguh..terkilan aku nak tgok diorang main lagi.. aku tak paham kenape arsene senang sangat lepaskan mereka!

so far empat point ni je yg aku nampak dari pandangan mate aku la..byk lagi point..tp malas nak perah dah..

Kesimpulan : arsenal is too far away to win any trophy because of arsene stubbonness do not want to get new star player!...

p/s: Gua dah konfirm..yeah yeah!

Friday, May 8, 2009

New Look of CM

Terpana seketika bila melihat suatu tempat yg berubah dgn drastik dan mempesonakan..1st time sejak 2 tahun aku dtg ke sini lagi pada Khamis malam Jumaat lepas...kali ini aku dtg dgn rakan sekerja aku...memang byk berubah terutama di tingkat atas..cuba lihat dgn teliti pic kat bawah nih..anda familiar tak tmpt nih? "nice and exlusive" my 1st reaction when i came in this section..memang berubah..cuba teka kat mane?..


ini lah food court Central Market.walaupun susunan kedai makan tu tak berubah sejak dari dulu,tapi byk yg berubah.lg cantik, dgn meja dan kerusinya..suasana yg menyamankan, sangat selesa...tak mcm dulu, mcm food court sebelah Kompleks Pertama atau food court tingkat 4 BB Plaza...maybe aku nmpk jakun,tp aku nampak pasar seni dah byk berubah..

Kat tgkat bwh pun byk berubah..yg aku perasan, renovation yg pertama dilakukan ialah tandas...(kenapa tandas dulu?)...tp surau masih tidak berubah..aku harap surau pun akan jgk bertukar "wajah" sesuai dgn suasana eksklusif yg dilakukan di tingkat bawah2 tu... jgn terlalu mengejar status kelas satu sehinggakan tmpt ibadah umat islam di negara islam sendiri tidak dijaga dan dibiarkan..


seperti biasa,ini jela mee kicap yg selalu aku order kalau aku gi makan kat food court..
hafiz dan hafiz order nasi thai dan nasi clayport sambil kami menikmati sekumpulan mat saleh dan minah saleh yg "hangat"...

Actually,kami bukan saje2 dtg sini nak lepak2 dan chill out..kami dtg sini, kerana termakan pujukan hafiz sbb kat sini Handphone Fair kat luar pasar seni dgn harga yg paling rendah ialah 9 hinggit!...dari iphone ke motorola ke samsung ke LG ke CSL ke HTC ke O2 hinggalah ke Nokia..Cokia (brand dari cina)pun ade tp pandai2 la pilih..hphone mmg murah sgt..tp yg 9 hinggit tu,kena subscribe dgn telco yg berkaitan barulah dpt harga mcm tu..mcm2 gelagat penjual kat situ..kat sini pun ade jual WIMAX, Celcom Broadband dan Maxis Broadband..time aku beli USB Vodafone tu harganya 333 hinggit. tp kat sini hanya 199 hinggit jer..mmg murah habis la..harini aku aim satu je.nak cari nokia N97 dan HTC Diamond 2..kunun2 aku nak beat Kak ina dan laki die si Ajis yg nak beli HTC Diamond 1..hargenye around 3+++ la..tp mcm murah pulak jual kat sini...lebih kurang je hargenye..hargenye mcm tu sbb hp serba serbi cukupla senang citer.. paling best ade "HSDPA 7.2 Mbps" kalau takat ade GPS tu ,dah xde ape sgt kot..

Tp semakin lama yg paling best pun dan jadi tak brape best sgt sbb..teknologi kemunikasi dan informasi sgt cepat berubah ,bergerak dgn sgt pantas dan melangkaui teknologi industri2 yg lain..tak mcm industri minyak dan gas..masih lagi maintain korek mengorek di laut dalam dan telok..masih lagi tak perlu nak mencipta gas asli sendiri secara total..tp yg penting pd mlm tu,azam hafiz wahab nak beli hp berharga 9 hinggit terbantut..=)


p/s: tp Hafiz sgt gembira,kerana isterinya pulang ke pangkuan nye dan sampai di KL pada malam itu..

Futsal datang menghantui


Pada Rabu lepas, aku dan rakan2 sekerja meluangkan masa yg terhad, untuk bermain futsal di The Challanger(name nak gempak jer) kat area2 opis aku..ramai tak ramai dalam 12 belas orang.. ramai lg yg nak dtg tp last minit tak dpt gi sbb kena outstation..aku paham.. bile korang(viewer blog ni yg kebanyakannya student) dah alaminye,korang mesti tahu punye.. yela, yg dah kawen tu,sibuk dgn isteri dan anak2.yg bujang tu bz ngan awek pulak.tak lupe yg ade buat bisnes sendiri or keje byk kat opis..tp aku ucapkan terima kaseh pada semua iaitu Ariff(penganjur),Go-san,eugene,yus, Mr Akkbar, Fuad, cik photographer cik mail,joseph,suffian, fairuz dan aku kerana dpt dtg mengisi masa untuk bermain futsal..aku pun baru dpt dtg sekali daripada 3 perlawanan yg lepas..and futsal memang best tp fuuh..baru 20 minit pertama,pas aku jaring 2 gol pertama, terus aku bernapas macam kerbau..yela dah lame tak main..nak tukar orang pun tak boleh sbb ngam2 yg dtg..main 6 on 6..so aku jadi keeper,tukar ngan si Joseph Sendal..puas jgk bergolek menahan asakan..7 saves+1 penalty?bagi goli yg amatur,aku rase bangga.hehe..sbb best position aku dalam futsal is ?xde pun..atas bawah aku main..(rasa bangga lg)..hehe..
insyaAllah kalau ade mase,aku cube luangkan masa main lagi..tp nak request tukar hari sbb rabu aku ade kelas bahasa kat Japan Club..harap2 request tu berjaya lew pas ni..hehehe..

p/s: Sengal satu badan pun tak habis lg..esok kena standby kat opis pulak..

Membeli Belah di Pasar basah segar di Kuala Selangor

Cerita ni dah agak lama..lame tak lama dalam dua minggu lepas.. Aku pergi ke rumah ucu aku di Shah Alam 2, jemput tokwan aku bersama pokde aku dan sekeluarga melawat besan tok kat Tanjung Karang...lame gak aku tak gi sane,hampir setahun.. bertolak dalam pukul 10.30 pg dan smpi pukul 12tghari.. sampai2 je borak dulu..dapat la tokwan aku berjumpe dgn besan a.k.a kak ipar dia ngan pakcik Zahir dan isterinye..yg paling best lauk tghari tu..pergh..mantop! dgn sotong nye besar2, ikan kerapu, ikan keli ber ekor-ekor yg "besar lebar", udang galah yg liuk lentuk baek punye..ape laie,"Bismilah" la...sedap ooo..
"Mane beli cik?"
"kat pasar basah" (kat seri bagan sebelah kg sg. buloh kat kuala selangor menghala ke jalan ke Kapar)
"Hah boleh la kitorang gi sane nnti yea"..
"Eh Skrg pun boleh.Pas zohor nanti aku bawak korang gi sane la..
Pas Zohor ni byk gak hasil laut mai kat pasar tu nnti..gerenti segar punye"..
bersungguh-sungguh pakcik Zahir..

Selepas berangkat ke sane, semua kecuali tok sedare aku tu jer,ikut pakcik zahir ke pasar tu..dari luar mcm pasar biase je..
Tapi bile dah masuk,Fuuhh...memang syiok..sume fresh2..saiz ikan dari kecik ke besau2...
Seronok je tgok...aku taknak byk citer, korang tgok la kat gambar2 kat bawah nie..baek punye tangkapan hasil aut..enjoy!

Sotong Putih.memang feveret nyonyah2 tue..

Ikan pari terangkat!!!

Korang agak2 ini ikan ape?menakutkan tp cute!

Udang galah punye sepupu..udang penyapu!

First time ,aku tengok ketam ade ekor ..susah nak cari
...takut tp tak bertuah..

p/s: Seronok gak tgk hasil laut yg segar2..ini yg rase nak goreng nih....malam tu makan lagi..mak aku yg masak!

Tuesday, May 5, 2009

Luluh Hati ku

Argh!!! sebenarnye tak tengok pun game semalam btw arsenal & Mankayu..sbb memang aku tidur baek punye semalam..bangun pun dah pukul 5.50 pg terus buka laptop tgok results...aduh..keputusan yg tidak aku sukai bila arsenal..fuuh...kalah!.
siot tul...puas la aku training, gi jogging sume..tapi kalah gak(yg ko nak gi jogging apehal?)
xpela..harini aku pun ade game futsal..kat gelanggang baru kat area2 opis aku gak..xpe2..akan ku rembat sume bebudak opis aku yg sokong Mankayu...hahaha..xdelah..main pun suka2 jer..
so nantikan detik2 hebat pada malam ni..(nanti aku curik snap kat koriee..hehe)

p/s:ala.arshavin tak main boleh la mankayu bising2...

Tuesday, April 28, 2009

Happy 9th M!!! Heyuuu..




Selamat ulang tahun untuk hubungan aku dan sayang aku pada hari ni.. aku doakan Allah merahmati hubungan kami selama kami kenal..insyaAllah segala ranjau dan duri, serta gegula kapas dan honey, sesungguhnya akan mematangkan dan chemistry kami menjadi yg lebih baik dari hari ke hari...insyaAllah...terima kasih sayang kerana berada di sisi ku tika susah dan senang..I love u!
p/s: harini YB memang mcm sial..mulai dari saat ini aku dan hafiz pun akan panggil dia mangkuk jgk..
_
_
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Thursday, April 16, 2009

Cik Rabu Cik paling sibuk ?+ Kelas Naruto?..+ Arshavin?

Naruto?Bleach?OnePiece?...Ini semua adalah siri manga yang tak pernah miss dalam mingguan aku.. tapi semua dalam bahasa Inggeris...sejak biler tah aku bernekad hendak memahami siri2 manga ini dalam bahasa jepun pulak..dan dgn penuh azam,pergila aku ke kelas2 bahasa jepun..percaye atau tidak, minggu pertama dalam satu2 kelas atau subjek adalah yang paling best(kecuali darjah satu la sebab tak kenal langsung)..padahal minggu lepas semua senyap sunyi sepi..nak cakap sebutir pun,murid2 pun takut...
tapi semalam semua dah agak2 berani mati pulak...rajin sungguh menanya dan byk yg konpius.. kelas kedua ni byk peningkan kepala aku...aku dahla masih tak ingat hiragana lagi, tapi skrg ni dah push2 kena hafal pulak..sebab mg depan ade test untuk hiragana..minggu satu lg,test untk katakana pulak...aduhai...pening den..satu ape tak hafal lg..ingat aku nak library negara weekend nih...
Tapi aku ade belajar Ucapan2 baru seperti ;

Ohaiyo gozaimasuka
Konichiwa
Konbanwa
Arigato Gozaimasuka
Sumimasen
dan ade 2 butir ayat aku tak berape ingt tp pas ni aku ingt jgk..so tungggguuuu...

nak taknak kena jgk...terpakse..library tula tmpt yg agak2 sesuai nak pi study..sbb kat rumah mcm hurm..memang takkan study sbb byk tarikan untuk tidak study, dan kemungkinan nak study dgn lebih lame agak tipis...tapi aku cube dulu la study kat rumah...dah la minggu ni ade pesta buku antarabangsa kat PWTC bermula esok hingga ahad ni...kalau masuk blog saudara Faisal tehrani,mesti die promote buku2 dia.. tp tidak dinafikan, memang agak sukar nak mendapatkan buku saudara FT ni..xpelah..insyaAllah aku akan kesana..lame jgk tak pegi.. dah setahun..
dan solat maghrib pada hari2 rabu ku,akan ku bertandang ke Masjid Negara.sebab tu la yg paling dekat nak push the limit..kat tmpt belajar tu pulak sah2 xde...ade pun siang jer ..malam lgsg takde...nak ke masjid wilayah,bimbang terus solat isyak pulak...(tak sempat latu)... senang citer, hari rabu hari paling rush...nak ke kelas pun rush, nak ke masjid untuk solat pun agak rush.... dah smpi masjid, baru tenang....Alhamdulillah...


"Arshavin at Malaysia"
setelah menanti hampir 3 bulan dipasaran, Finally the rock has come back to Kuala Lumpur!"
huhu..dapat jgk jersi ni..actually aku xdelah berape heran sgt nak beli baju ni,sbb dah tentu aku sokong arsenal dan satu kampung tahu aku sokong the Gunner sejak dari darjah 2..ketika zaman Lee Dixon,Nigel Winterburn, Tony Adams, Martion Keown,Steve Bould dan David Seaman. yang lain yg seangkatan dgn diorang aku tak berapa kenal. tadi aku dah try...Fuh...memang gerek seh...haha..maybe ini la kegembiraan aku yg seketika walaupun selepas ni,aku tahu byk cabaran akan ditempuhi dgn penuh berliku2..tapi kalau dapat pakai baju ni mase arsenal memang champions league cup dan F.A Cup kan best....hope fully tuah nak dpt piala musim akan tercapai...Cayalah Meriam!!..
_
_
p/s: hidup ditinggal kan kerana tiada yang sudi menemani...ranjau hidup dunia,jiwa lara ade rasa getaran sana sini

_

Demi.Tuhan.Aku .Dan Dia

Saturday, April 11, 2009

Nursyahidah Adilah

Alalalala...sungguh cantik matanya...ini lah wajah sepupu " baru" aku yang baru berusia 11 hari...
tomey sungguh...mata besar mcm mak usu peliharaan aku..hehe..dia mms gambar ni kelmarin...skrg dah cukup 13 hari baru nak post dalam blog..."13" lagi..hehe harini tugas dirumah byk yang tertangguh... tugas2 yang perlu di settle harini ialah:
1) Kuar dari rumah ...eh itu tak masuk dalam list... kemas laman depan
2) Kemas laman belakang..macam buang sampah+sapu sampah+ pecah kan almari yang buruk dan lembik
3) Bakar sampah termasuk lah ngan almari kayu td tuh..
4) Nak basuh keta tp mcm yande dah tolong basuhkan...sbb tu tukar ke tugas2 khas..
5) dan yang terakhir..Ape laie, sental uniform kerja aku la..belah kolar tu dah berlumut dah...kasut pun kena kiwi
skit2..
Harap ptg ni nak study jap pasal kelas japang aku..hopefully la..kena bg expert dalam 3 tahun ni insyaAllah..
p/s: tp rasenye belaja bahasa arab lg senang kot...serius senang sebab dah belajar dari tadika...

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia


Friday, April 10, 2009

Owh..Training+Pilihan Raya+Kelas Bahasa+ko panggil aku cacat ek!!

"Training+Boring+Nasi Goreng Medan?"
Hai semua....dah lame tak blogging...rasanye ade dalam 7 hari setengah jugak la...bukan ape...sebenarnye banyak kisah yang terjadi sepanjang minggu nih... start dari hari sabtu lepas la gua citer...eh skrg ni gua nak tukar gaya penulisan la..bukan gaya ape pun..just nak tukar dari panggilan diri "gua" ke "aku"...dah tak nak jadi orang singapore dah...semak je bunyik nye...hehe...okla..1st of all, aku pergi training kat Pheleo Damansara II( sebelah Estin Hotel)...gi sane bersama2 dgn teman2 se-department aku dari Melaka iaitu si saiful, syed hafiz, zaki, irman dan hariry...

Hanya aku dan si Hafez Ramly jer dari sini...naik dua keta ke sana..Jazz dan CR-V tp aku kena guide ke sana sbb aku mcm tahu je jalan kesana..tak jauh dari opis kitorang pun..kire tahu jgk la..kitorang gi training pasal "TV conference configuration setup" untuk equipment baru..hahaha aku rasela,mase 1/4 aku habis kat situ dgn tidur..bosan dowh...trainer tu cakap memang hebat la..byk pengalaman tp sgt tidak profesional...ptutnye mase training tu, bagila guide ke manual ke tutorial cemane nak setup..kan mudah nak buat rujukan..yela,bukannya selalu ade TV meeting..so maybe akan terlupe punye..ini tidak,kitorang terkontang-kanting nak bagi paham...actually aku tak kisah pun,sebab TV meeting gadget kitorang yang lame pun tak jauh beza ngan ape yg kitorang tgh belajar skrg nih..ibarat mcm keta wira dan keta waja la...brand yang same tp ade sedikit perbezaan here n there...

Cuma yg plg ketara, yang lama pakai ISDN, yang baru pakai IP address..CCTV yg skrg ni pun memang canggih..mcm kepale "WALL-E".hehe.. then ade la skit lunch di ketedarah...bukan disediakan tapi si mamat trainer tu yg bawa gi restoren kat tingkat bwh bangunan tuh...aku pun order nasi goreng medan dan tembikai..huhu..sedap..sampai tamat training dalam kul 3 lebih,aku gerak balik...


sedang serius fokus kat depan.......errr..camera



memang serius..sebelum waktu puncak... maksudnye sebelum waktu lunch daa..
sampai berkilat kepala ku...peloh2 jantan kuar nak tunggu lunch break..

si zaki sedang mengeja..kat belakang tu si Hafiz
sedang bertinta2 ngan si saiful( membontoti camera)
dan syed hafiz (terlindung) ...ni baru je naik atas
pas lunch....Fuh..sume dah sangap...nak balik awal...

"SELAMAT DATANG KE BUKIT BINTANG DAN KG PANDAN"
Mase nak balik tu, budak2 Melaka ni ajak gi
dinner kat Wangsa Maju...tp aku tak dapat nak join sebab
dah janji ngan orang lain nak kuar...hehehehe....jgn marah...

Ni muka tahap hepy sebab dapat makan lagi...kat Kampung pandan...
Baru je nak makan mee bandung...aku ke sini pun sbb sayang ku nak makan satay..
So aku bawa la sini memandangkan tmpt makan satay paling
dekat ngan Bukt Bintang tdKg. Pandan,aku bawalah dia ke sini..
aku pun kebetulan dah lame tak makan Mee Bandung Muar Pakcik Dolmat...
sedap memang mcm Mee Bandung Muar...sedap pekat dan
berempah enak..Nyum nyum...tapi ape nak buat,
kedai die tutup daaa...melepas lg..


Ini muka memang nak kena babap nih...flirt tak bertempat...ape jueh2 bibir tu?..
tahu la lapar nak makan satay,bawa2 lah bersabar yea ....sebelum tu pi amik
dia kat Bukit Bintang...dia datang ngan kawan2 gugurl dia gi Pay-V...tgok cite
"Pengakuan Ikhlas Si Mangsa Gila Membeli Belah"
(pandai2 lah korang translate dalam bahasa ibunda korang)



Ini muka dah tak tahan nak makan dah.....muka dan perut dah berkerot
nak makan satay...."kak, kasi satay ayam 15 cucuk, daging 5 cucuk~..."
Eh nad ni,mane ade orang order mcm tu...Ni pun 1st time gak
la aku dgr ade order mcm tu...tp mcm aku ok jer order mcm tu,
asalkan kita makan dan bayar la..tp kak tu nmpk pelik jer,
so aku update order tu"kak ,kasi 20 campur la"..15 minit later,
satay pun sampai dan 15 minit kemudian, satay pun habis
dibedal ..."kak,mee goreng satu"..hehehe..
perut aku lapar lagi...balun jgn tak balun...rasenye tak bace
Bismillah jer mase mkn satay td..trlupa kot..tu yg lapar lg tu..
huhu..harap2 bace doa makan mase mkn haritu..
sbb terlupe mcm bace je..tp bile aku bace?
"Kelas Bahasa Jepun"

Pada minggu ni, aku dah start mengaji kelas bahasa Jepun pd hari Selasa..kelas bermula jam 6.30 sampai kul 7.45 mlm.... tapi memang rush la...opis hour habis kul 6, dgn Federal Hway yg jam tu, aku sampai kat Japan Club tepat pada masanya...itu pun dah habis cilok sana sini...kalau tak,hurm..memang lmbt lagi la...ingtkan aku paling lambat, rupenye aku tak tahu ade teman sekerja aku pun ade masek kelas Bahasa Jepun nih... tp sume caya caya la... Si secretary, Cheryl, Felicia Goh, Feon dan Anne...aduh letih nak melayan mereka2 ni kat opis...rosak itu la rosak inila.. rupenye kat cni pun korang ade gak...aduhai..pening aku...tp keje tetap keje...keja itu ibadah kan...jgn spoil mood aku nak belajar dlm kelas ni sudah... yg paling aku ingt "arigato go sai ma su ka"...dan "sayonara" ...hahaha...yg lain smpi skrg tak ingt lagi...xpe2..nnti aku praktis la..ade homework nak kena siap kan tuh...dont worry Takahashi Sensei, i'll be good student...kah kah..azam yg maybe tinggal azam je kot..

"Pilihanraya Kecil 2 Bukit dan Satu Batang"

Aku ucapkan tahniah kepada Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin...kerana memenangi kerusi panas Bukit Gantang.. dan satu lagi kerusi di Bukit Selambau dan di Batang Ai...semalam puas aku pujuk Najib, kawan aku yg sangat meyokong kumpulan "Merah".. aku cakap,"xpela bro...X dapat Bukit, dapat Batang pun jadi la"...sejenak die terkedu sekejap,die senyum sekejap...lepas tu,muka die mencuka balik...tibe2 Najib bersuara sambil menahan sebak" sob sob, aku nak rasa gak Bukit..Batang tu jauh sangat la"...hurm.."xpela..nti ko tebus balik kat PU 13 nnti ek" kate aku.. no.13?..wau..nombor betuah aku tuh..ko ade harapan ke nak tebus kemenangan nih?..teringat cerita Friday the 13th yang mula di tayang pada Khamis lepas...citer seram la ape lgi...ingt malam ni nak pergi pasar malam beli cite nih...beli CD "local" yang 5 ringgit sudah...

"Cacat ke aku?"

Khamis malam jumaat lalu, aku ade dgr orang cakap aku cacat...aku cacat?...apakah definisi cacat?kenape "orang itu" panggil mcm tu?..dari sudut mane "orang itu" panggil aku cacat?...aku tak nafikan aku memang pekak skit la...orang lain ade je pekak tp xdelah smpai kena cacat?...aku pun tak paham..aku tak prnh nak bermusuh ngan orang...sbb aku mmg xde musuh....yela sapelah aku..entah la..kalau nak difikirkan memang pening...boleh dibuat bergaduh...tp yela...aku baik..(masuk bakul angkat sendiri..tp bakul tu pecah dan berlubang sbb aku berat sgt)..tp xpela...maybe die tak puas hati ngan aku..yea maybe pada masa lampau aku ade terguris hati "orang itu" dgn tidak sengaja.. harap diampun lah yea..malas nak pikir lame2... Haih.."terima kasih sayangku kerana terus-terusan menyayangi aku..Aku sayang kamu unlimited"

" Jumaat yang kuyup"


ni aku sedang mengipas baju...seee, baju aku basah... kena tembak dek hujan.. mase gi solat Jumaat semalam...mase nak on the way jalan kaki nak balik ke opis, hujan pulak turun tanpa diundang secara tiba2 dengan lebatnye.... pergh...dari jauh aku tgok ramai yg berlari2...mcm itik pulang petang...lari tergedek2.. aku pun berlari2 jgk nak smpi opis..orang kat belakang aku,tgok aku pun akan ckp mcm itik jgk .."kuek kuek"..aduh.."Minta nyawa!minta nyawa!"...mengah muka... mcm aku kat bawah nih...bernapas mcm kerbau...tak cukup napas...hua hua...


seluar basah kat bawah bukit pembelian nih..eh tibe2...bukanlah.
bukti seluar aku basah kuyup....baju aku pun basah..

Sempat gak lah aku snap gambr mamat bawah ni..
aku kenal kan..ni Si Hafiz Wahab.. Si tong dram...
dari jauh aku nmpk die lari mcm...hurm...susah nak cakap..
cume berharap dia tak jatuh tergelincir je...brsepah die lari...yela..
dah lame tak main lumbe lari kan....hahaha.. die pun sibuk nak aku
amik gambar dia....ape laie,aku upload dalam ni jgk la..
minta bini ko tgok muka ko yg pucat tu kat blog aku...
Hahahaha...

"Pencuri Air Coca-Cola"

Dalam keadaan aku dan Hafiz cooling down,lepak tmpt Imran,aku terperasan nmpk satu tin coca-cola.. aku belek2 dan aku terkejut "Aik ade name die?...laaa....panggil Hafiz suruh tgok,betul ke tidak ape yg aku tgok nih..aduh..pening aku..owh yea..Gelak sakan aku ngan Hafiz..baru aku perasan, hari tu die ade cakap 2 tin Coca-cola die baru beli kat 711, pas mgrb..die sambung wat keje kat tmpt lain,bile die balik ke tempat die semula, Tin- tin tu hilang...kena kebas.. tak tahu nak tuduh siape sbb tak nampak...ade staff lain yg stay back, tapi diorang dok jauh... yg berdekatan mmg takde dah...mase tu dah pukul 9 lebih..aku pun mmg ade pd tmpt kejadian..memang start air tin die hilang tu, die tulis name die sendiri..hahahah.... patutnye Al-Capone..lagi orang tak berani nak duduk sebelah ko..haha


tp aku memang tak minum Coke..aku boikot minuman gas berbahaya apetah lagi dimiliki oleh company Yahudi laknatullah..sungguh aku tak minum..kalau pi KFC atau burger King ke mmang aku minta tukar...jijik aku nak minum..yg kes ni,aku memang tak tegur la..lantak kau la nak minum...ko dah tua,so ko boleh fikir sendiri... banyak kes die ngan aku skrg nih...isk berbulu jer aku...tp xpela..kalau boleh aku taknak citer sini..biarla jadi rahsia bebudak department aku..

"Confirmation Letter aku"

Sepatutnya 6hb lepas, secara tidak rasmi nye aku dah confirm kerja kat cini..tp tiade khabar berita dari management kat Melaka..aku nak bengang pun entahla..sbb Kak ina cakap, kalau bising2 pun, tak gune gak...nak aku bising kat si Zailan, nnti aku kena balik..aku tahu care die sound memang keras..tp nak wat cemane kena tanye gak la...berharap sgt tu takla..maksud aku kalau confirm,alhamdulillah..kalau kena extend, memang aku tahu tak lain tak bukan si mamat berambut kerinting la jadi punca....mulut busuk dia memang aku dah tak tahan... tp bak kate kak ina, telinga die pun dah berbulu nak dgr die membebel dan merapu.."Akak dah immune dah ngan die nih"..aku ngan Hafiz berbulu ngan dia since dia cite tak betul haritu pasal kitorang tak keja dan tak tolong Hafez buat keje2 teknikal...untuk pengetahuan korang,aku ngan Hafiz incharge bahagian Application..tp kitorang xde hal nak buat keje2 teknikal sbb kitorang memang ade experience dalam teknikal specs ni..cume keje2 ni byk kpd skop keja si Hafez... dah kena tuduh, sangka buruk pulak kat orang Melaka dan HOD kitorang...aduh...campur hal semalam, memang aku nak tumbuk jer... biar rambut die gugur..tension dowh.. tp nak wat cemane..nnti sampai mase,aku, hafiz dan kak ina nak jumpe bos, kasi settle hal ni...kalau tak,memang sakit hati sampai bile2 la ni..upss dah tercerita..

p/s: Mael Bukhari, ko tahu siape yg aku maksudkan..so simpan senyap2 arr.. hurmm..Aku tak dapat bayangkan telinga aku kalau berbulu lebat mcm rambut...wuhuhu...Salam Takziah buat Zailan diatas pemergian Bapa mertuanya..

Al-Fatihah~

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia