Thursday, March 19, 2009

Edaran


Sila edarkan poster ini kepada rakan atau dicetak, atau ditampal di blog anda. Sebagai satu usaha kecil kita untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan keganasan Zionis di Gaza

Sunday, March 15, 2009

PSSMI? kenapa tidak dikaji dahulu sebelum dilaksanakan?..

PPSMI bermula dari keputusan mendadak Mahathir yang kunun-kununnya tindakan terbaik dalam mengurangkan masalah siswazah yang tidak mahir berbahasa Inggeris.Saya ada beberapa komen secara sepintas lalu.....

Mahathir tidak membuat apa-apa kajian sebelum melaksanakan PPSMI dan semua menteri kabinet, pemimpin United Malay National Organisation bersetuju tanpa bantahan.

PPSMI adalah cara untuk memberi kontrak pada kroni secara atas angin
Apakah PPSMI mengambil kira majoriti anak-anak kampung yang tidak mempunyai pilihan seperti anak-anak orang berada dan tinggal di bandar-bandar?


Pengajaran bahasa Inggeris mesti dipertingkatkan. Saya sendiri belajar bahasa Inggeris paling berkesan sewaktu dihantar ke kursus intensif selama 6 bulan di UiTM sebelum ke New Zealand, dimana 6 bulan itu lebih berkesan dari 11 tahun di sekolah!

Mahathir yang terus mempertahankan kesilapan beliau itu, saya berpendapat, Mahathir tersilap dalam menyamakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Juga silap yang sains dan matematik sahaja boleh memajukan bangsa dan negara. Pemikiran sehala seperti ini membahayakan sekali. Apakah seni, sastera, geografi, sejarah tidak boleh memajukan negara?

Penguasaan ilmu bukan sekadar belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jepun, Jerman, Rusia dan lain-lain negara/bangsa lebih maju dari orang Inggeris.

Pandai berhujah dalam bahasa Inggeris diperingkat antarabangsa tidak semestinya kerana dia belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Membanyakkan istilah sains dalam bahasa Melayu akan sama memperkembangkan bahasa Melayu dan ini penting sebagai jati diri. Apakah orang Jepun dan Korea ketinggalan kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri?

Mahathir kata - Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

...BANGANGnya Mahathir, apabila kerajaan yang kini mengikut undang-undang Mahathir dimana semua protes ditutup....suara rakyat tidak didengari, demonstrasi adalah perlu dan dibenarkan oleh perlembagaan serta demokrasi.

Perlembagaan negara menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar!

sumber asli dari: arena18@yahoogroups.com

p/s: best tgok gunung berapi meletup semalam LIVE kat discovery channel!! =)


Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Friday, March 13, 2009

Friday 13th lagi?...

If Friday the 13th is unlucky, then 2009 is an unusually unlucky year. This week's Friday the 13th is one of three to endure this year.
The first came last month. The next is in November. Such a rare triple-threat occurs only once every 11 years.

The origin of the link between bad luck and Friday the 13th is murky. The whole thing might date to Biblical times (the 13th guest at the Last Supper betrayed Jesus). By the Middle Ages, both Friday and 13 were considered bearers of bad fortune. In modern times, the superstition permeates society.

Here are five of our favorite Friday-the-13th facts:

1. Fear of Friday the 13th - one of the most popular myths in science - is called paraskavedekatriaphobia as well as friggatriskaidekaphobia. Triskaidekaphobia is fear of the number 13.

2. Many hospitals have no room 13, while some tall buildings skip the 13th floor and some airline terminals omit Gate 13.

3. President Franklin D. Roosevelt would not travel on the 13th day of any month and would never host 13 guests at a meal. Napoleon and President Herbert Hoover were also triskaidekaphobic, with an abnormal fear of the number 13.

4. Mark Twain once was the 13th guest at a dinner party. A friend warned him not to go. "It was bad luck," Twain later told the friend. "They only had food for 12." Superstitious diners in Paris can hire a quatorzieme, or professional 14th guest.

5. The number 13 suffers from its position after 12, according to numerologists who consider the latter to be a complete number - 12 months in a year, 12 signs of the zodiac, 12 gods of Olympus, 12 labors of Hercules, 12 tribes of Israel, 12 apostles of Jesus, 12 days of Christmas and 12 eggs in a dozen.


p/s: Semua fake giler...gua ok jer dgn hari dan no. ni...friday the thirteen la hari paling masyuk untuk gua...=p


Demi.Jumaat+TigaBelas.Yang.Indah

Wednesday, March 11, 2009

Arsenal reach to Qtrs Final UCL with joy and pride

Seronok nya korang..gua pun kire hepi la skit...sib baek menang..
tp sayang eduado pulak miss penalti..xpe bro keep it up..training lg k..
penat gua bayar gaji lu.. =p


saje je upload pic ni sbb...
spesis ni sgt comey.. Red panda AUS...
rase nak cucuk jer mate ko Panda oi...
p/s: masih terkenangkan jerry..
_
_
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Innalillahi wainna ilaihi roji'un buat arwah jerry juga..

pukul 6 lebih ptg semalam...



anak jiran: makcik,makcik!

bonde:ye dik.

anak jiran:nak bgtau,kucing makcik satu lg dah mati.

bonde:Hah!!!yang mane satu dik?

anak jiran:yg ibu kucing tu..

bonde:yeke?..mane adik jumpe?

anak jiran: kat blok A. sy tgok mate dah terkeluar dah makcik. tp dah tanam dah kat sebelah rumah makcik tu.bapa sy tanamkan..

bonde:isk kesian nye..aduhai..xpela..terima kasih la adik..



hurm..gua rasa inilah kejadian paling klimaks sepanjg tiga tahun ni selepas arwah katam dulu..

paling tragik..jerry yg kami tatang dan manjakan telah tiada..

selepas ini

hari2 ku,tiada lg suara-suara ngiau die..

hari2 ku,tiada lg usapan manje ku padanya..

hari2 ku,tiada lg tawa hilai sekeluarga melihat telatahnya..

hari2 ku,tiada lg dpt ku lihat tanggunggjawabnye menjaga anak2 nya..

hari2 ku,tiada lg jilatan mesra di jari2 ku darinya..

hari2 ku,yg tinggal zuriat jerry yg kedua,ketiga dan keempat,kuning katam jr. dan comot..



sob sob..



sorry la korang semua..gua memang minat jaga,minat belai,minat nak manjekan di manjekan oleh makhluk yg bernama kucing..perasaan nak jaga kucing memang dari zaman arwah tuk haji aku lg membawa ke pada yande gua dan ke adik beradik gua..gua lihat betapa seronoknya kucing2 tu bila bersama tok haji..walaupun gua tak tahu nak describe cemane perasaan kucing tu,tp kalau gua jadi kucing,gu anak tok haji jadi tuan gua for sure..setiap hari tok haji balik dari keje2 kampung,kucing2 arwah akan menunggu menantikan pulangnya tuan ke rumah...main mcm sarkis2 yg lompat2 tu..bila arwah buat tangan mcm gelong, kucing2 akan lompat..fuh bestnye..kucing2 tu tahu bila waktu makan.tahu kat mane nak berak..tahu bile waktu tidur arwah supaya tidak diganggu..dan tahu nak manjekan diri dan dimanjekan...

kalau boleh nak jadi tuan kucing mcm arwah tok haji..

itu yang gua mahu yg inginkan..dgn itu saje yg gua dpt ingt pada arwah..

dicampurkan dgn rasa nak bela dan suka kucing,bila tgok kucing,teringt kan arwah..



sob sob..tak nangis..tp sedih dalam hati jer..dulu adela..dgn arwah katam..6 tahun jaga..dah mcm keluarga..akhirnya mati kerana anjing sial JKR sebelah kawasan rumah kitorang..kalau tgok fizikal arwah,aduh....memang pilu.. gigi taring tercabut..ade yg longgar..berdarah satu badan..bayangkan bulu badan katam yg hitam kelabuan tu,nmpk merah dari jauh..aduh....mase nak tanam,tunggu angah balik dari kelas..tunggu semua ade baru tanam..2 jam lbh tunggu dia..dalam kul 6 lbh baru tanam..

perasaan bila tanam tu sgt sedih..pilu..

katam yg kami anggap mcm ahli keluarga..yela..keluar masuk sesuka hati..tidur kat mane2 yg dia suka..paling best boleh tidur lena atas peha gua..lama gak..dalam 2-3 jam..dgn gua2 sekali tidur..pic dia tidur atas peha pun ade lg..

gua rase sorang je pernah tgok gua sedih.menangis.mate lebam pasal arwah katam mati..nangis dpn webcam pulak tu..dari jauh je dia pandang gua..dgn dia2 sekali nangis..



sob sob..xpela..gua berfikir sejenak dan tenangkan family ku..

"xpela..jerry pergi sbb nak bersama dgn 7 ekor anak2 dia yg telah pergi dulu..jerry rindukan anak2 dia
" ..<--mase ni,air dah bkumpul dalam lelopak mata..



"at least, sepanjang kita jaga jerry,kita jaga makan minum dia dan anak2 dia..kita belai dia,kita manjekan dia dan kita masih lg menjaga zuriat jerry..insyaAllah,Allah nmpk usaha kite satu family yerk.."..



yg tinggal zuriat jerry yang jantan jerk..insyaAllah,kami akan jaga dgn baik anak2 mu yea jerry..

Semoga jerry dan anak2 mu berada di tempat yg baek di sana.Amiiiin..mungkinkah kita akan jumpe lg?..Wallahualam..

p/s: ...sob sob...

_
_
Kepada Allah kita Kepada Allah kita jua kita kembali..

Tuesday, March 10, 2009

Sekadar berkongsi Ilmu..insyaAllah amalkan kalau ingat..

Sunat sujud sajadah ini bukan kerana solat, tapi kerana bacaan tilawah. kalau dalam solat tu kita tak membaca ayat sajadah, maka takde la sujudnya. maka betullah kata imam tu, sujud tu sunat bukan kerana solat subuh jumaat, tapi kerana ayat 15 surah as-Sajadah.hukum sunat untuk sujud sajadah di dalam solat pula hanyalah untuk imam.

Bagi makmum pula hukumnya samada wajib atau haram. sebabnya? makmum wajib mengikut imam semasa solat jemaah. kalau imam sujud, makmum wajib sujud. kalau imam tak sujud, haram untuk makmum sujud. tapi kalau imam tak sujud, makmum masih boleh buat sujud sajadah selepas habis solat, atau selepas mufaraqah dengan imam, dan hukum sujud itu adalah sunat.bacaan yang sunat dibaca ketika sujud sajadah ialah:



Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.


"Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Wallahu'alam.

kredit to: http://www.syukur.org/

p/s:tetibe teringat..gua tak pernah buat..pas ni nak buat la..insyaAllah..
__
_
_
Demi.Allah.Tuhan.Yang.Maha.Pemurah.Lagi.Maha.Mengasihani.

Monday, March 9, 2009

Teh cap masjid??..hampeh



Baru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu dengan penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh tersebut pun menggambarkan seperti ia adalah keluaran orang Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru Cap MasjidSelain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna.

Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.Kisah tasbih, sejadah, kopiah buatan China yang berada di Mekah mungkin boleh diterima lagi kerana kemungkinannya di buat oleh orang Islam China dan sudah semestinya ia bukannya makanan.

Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.

Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.
Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan Islam di Malaysia.

sumber:isuhangat

p/s: mak dan bapak ku, renti2 kan lah minum teh cap masjid yea lepas nih ek...
_
_
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Sunday, March 8, 2009

Profesor-profesor Melayu yang menentang PPSMI

Apabila gerakan anti PPSMI dikatakan berfikiran kolot,dangkal,tidak menerima perubahan,ketinggalan zaman dan lain-lain, adakah ahli-ahli akademik ni pun sama juga? Adakah mereka semua ni memang fasih berbahasa Inggeris semasa di sekolah rendah dulu sampai jadi profesor?
Berikut adalah nama-nama ahli akademik Melayu yang tampil menentang dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik
(PPSMI).Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan), Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi), Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) , Prof. Dato' Abdul Latif Mohamad (Botani), Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat), Prof. Dato' Abdul Razak Salleh (Matematik), Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan), Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik).Prof. Ainoon Othman (Perubatan), Prof. Alias Kamis (Biosains), Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan), Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains), Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran), Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat), Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga), Prof.Basir Jasin (Geologi), Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia), Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan) Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat), Prof. Hamid Lazan (Botani), Prof. Hamzah Mohamed (Geologi), Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan), Prof. Hatta Shaharom (Perubatan), Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia), Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik), Prof. Ibarahim Komoo (Geologi), Prof. Ikram Mohd Said (Kimia), Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran), Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan), Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan), Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan).Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan), Prof. Karis Misiran (Perubatan), Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan), Prof. Dato' Khalid Yusof (Perubatan), Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori), Prof. Mahani Mansor Clyde (SainsSekitaran), Prof. Masbah Omar (Perubatan), Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia), Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan), Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan), Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran).Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi), Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga), Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik), Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal), Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal) Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan), Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran), Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi), Prof. Othman Ross (Sains Laut), Prof. Othman Omar (Biosains Molekul), Prof. Paden Morat (Bioperubatan).Prof. Rohani Ahmad (Botani), Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor), Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan), Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan), Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik), Prof. Shahrim Ahmad (Fizik), Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan), Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat), Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan), Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi), Prof. Zainon Mohd Ali (Botani), Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran).
Sumber: Suara Keadilan
p/s:Mesyuarat Kabinet kena selesaikan benda alah ni gak..by hook or crook..
_
Demi.Tuhan.Aku.dan.Dia

Gemok??sangsi?x confrim??

5HB mAc - fetch my sis at puduraya with my mom
TiMe: 11.00 pm

Along:Ain.ko katmane skrg?dahsmpi pudu raya ke?
Ain: Nak smpai dah ni..
Along :Nanti terus gi kat mamak bawah jejantas tu.
Ain:ok

10 min later

Along:Hah panjang umur.
Ain:Assalamualaikum... Eh along, Apsal nampak gemok????
-Argh!!..gemok?...kurang asam punya adik..tanye kabar pun belum,dah sound gua..nak kena fire nih..
die yg gem,kate orang kunun-
Along: eh ribut tidak hujan tidak,suka hati je panggil along gemok..kat mamak ni ade
menu special
, Megi goreng penampau..ko nak?
..

-Dalam hati,erm..maybe rambut gua yang kering ni dah mengembang kot..tu yg nmpk lebar.. -

6hb MaC- bile mentari kuar ke puncak tengahari.ketika saat tok siak bersiap mengemas
menunggu ketibaan jemaah...

Alimran:Nanti kau Nuar dan Hafiz Wahab, aku nak buat meeting pas Solat Jumaat nnti..dalam
pukul 3 la..

Di meeting room.tepat pada waktu nye..mesyuarat pun bermula...

Alimran: benda aku kena cakap..xde selindung2..straight to the point la..
Nuar,ko tahu kan..ko nak confirmkan..biler ko confirm?..
Gua:awal bulan depan.
Alimran: ok.Tapi aku dpt call dari Zailan.die rase sangsi la nak bagi ko konfirm..
Gua:nape bang?
Alimran:pasal ko ngan dia mengenai LotusNote.
Gua:Hah?..
Alimran:dia kate mase hafiz ramly dan vendor CSC install lotus note,ko tak tolong pun..
Gua:Eh ade bang..tp saya buat ngan hafiz ramly untuk Sparepart Dept jer..
Yang skrg ni,sy akui mmg tak tolong pun.tp tula..Hafiz pun syap jer..takde pun bgtau sy
ape2..zailan pun xde,nak email2 ape pun..cc email kat sy pun xde..tu yang syap jer..
kalau takpun,email la kat sy..kasi ingtkan..ini dah hbs install sume baru nak bgtau..
Alimran:Itu aku tak tahu la..tp aku sbg exec plg senior kat cni,die bgtau aku mcm tu td dan
aku kena bgtau ko la nape die tak puas hati..Dia tanye aku,nak bg konfirm ke extend
lagi 3 bulan?sbb kalau bhgian system application,dah cun dah aku tgok..cume bhgian
part yg susah2 tu,xpela..aku leh handle lg..cume bhgian hardware tu..zailan tak puas
hati skit..sbb dulu die amik ko pun,sbb ko ade network background..boleh tolong skit2
pasal harware.. eh mase Mr.Sin interview gua dulu,xde pulak gua kena handle pasal hard
ware ke ape..die suruh handle application jer..tolong alimran..mase tu xde mention pasal
harware ke zailan ke...zailan pun gua tak kenal..
Gua: Entahla..ikut management la..saya rase ini cume miss communication jer ..kalau zailan
atau hafiz remind sy,maybe benda ni tak jadi..kalau die remind sy pas sume dah settle,itu
tak bagus la..patutnye kena ingtkan sy..kena la jadi SE yg saling ingt dan mengingati..ke
memang sengaja nak point sy ..lainla kalau zailan suruh,sy x endahkan langsung..itu
baru salah sy..tp sy akui ,memang ade itam putih pasal benda tu..indirectly sy mmg ade tlg..
Alimran:xpela..aku cube cakap kat dia kasi ko confim..sbb bhgian application,aku xde masalah
ngan ko..ko boleh buat..
Gua:okla..sy ikut jer..

10 minit later
Alimran:Aku dah ckp zailan,aku bagi konfirm..
"ok bang"

30 min later
Alimran:Zailan call aku td kejap,dia akan extend ko sebulan..dia nak ko improve la dari
skrg..tolong bhgian hardware pulak..tp xpe..nnti aku slowtalk dgn dia.. "Thank You
Bro"

p/s: aduh..pening gua.. apece sayangku..cian die pening dan "sakit"..nanti la call die..
_
_

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Thursday, March 5, 2009

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh?


from Anwar Ibrahim by Anwar Ibrahim to Anuar Nasir


Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk “The Altantuya Shaaribuu’s Case : How And Why She Was Killed?” dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009.
—-
Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.
Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.
Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya” , ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya) . Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkung an yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.
“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.
Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.
Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan- perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.


Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)


p/s: piss off u Nun Alip Jim Ya Ba Ta Wau Nun Ro Alip Zhai Khof


Dari Allah kita datang...kepada Allah kita kembali

Innalillahi wainna ilaihi roji'un buat arwah colat...

Latest news..
Colat dah mati kul 8 pagi ni..mase angah mandikan colat dgn air panas..
Innalillahi wainna lillahi roji'un ..Allah lebih menyayangi colat dan pintal..
Ayahande selamat dan dalam keadaan baik..alhamdulillah..
...

p/s: sob sob.. ;_(

Dari Allah kita datang...kepada Allah kita kembali....alfatihah
To Allah We Belong And To Him We Shall Return

Hanya Allah.Dan.Aku

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi...
jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan
daripada dibaham dek harimau tadi.Dengan kuasa
Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah
ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.
Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan
di tengah-tengah perigi.Di mulut perigi,
harimau yg lapar tu menunggunya. .
Si hamba Allah ni pun berfikirlah
macam mana nak menyelamatkan diri,
sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.
Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib
Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni...
Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,
tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.
Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu...
Macam mana aku nak buat ni...
habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi....
Kalau naik kat atas makan dek harimau..
Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir
cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.....
terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. ..
Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah
ni pun mendongak ke langit,
melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus
masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi..
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa
pada harimau yg sedang menantinya di mulut
perigi dan buaya yg menantinya di bawah...
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekorbuaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
p/s: Ku mengharap ku hanyut dalam kelazatan duni dan akhirat Mu Ya Allah..
Demi.Allah.Yang Maha Mengampun.Lagi Maha Mengasihani..

Wednesday, March 4, 2009

Alhamdulillah yande selamat..

baru dapat email dan call dari bonde..yande terlibat dalam kemalangan..motor yg yande tunggang agak teruk...tp alhamdulillah yande selamat..hanya luka2 kecil dan dirawat diklinik saje...ku semangat...gua tak tahu citer detail lagi ni..nnti la smpi rumah baru tanye... later gua resume pasal ni... wassalam..

p/s: pilu ngan pemergian pintal..ini kemalangan yande pulak...aiyoh amma..

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

~Quote of the day~ (for me)

"Whatever you give a woman, she will make greater.
If you give her sperm, she'll give you a baby.
If you give her a house, she'll give you a home.
If you give her groceries, she'll give you a meal.
If you give her a smile, she'll give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.
So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit.."

p/s: i'll give the best to my love..insyaAllah..i love u..

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Kesian pintal.. hayat tak lama...sob sob..

sampai je rumah semalam.pintal dah baring tak larat jer mcm comot yg gua cite beberapa hari lepas.
..aduh...memang sah sume kena jangkitan virus kat radang paru2 ni..dah pesan kat angah bawa esok(harini) ..
sebelum gi dinner ngan angah dan bonde,dah letakkan pintal dan jerry dalam satu kandang..k
unun2 wat gitu nak bg pintal privacy dapat susu badan jerry..tapi Allah lebih menyayangi pintal..
pas dinner je, dari jauh dah nmpk pintal dah tiada lagi...huuuuuu....Sob Sob..
gua memang tak leh la tgok kucing mati dgn tragis..
confirm air mate dah berkumpul kat lelopak mate nih...
sepanjang kewujudan kucing yg tinggal, datang dan pergi dari rumah ni, rasanya sudah lebih 5 ekor kucing telah gua kebumikan..
dari dua, 3 ekor mati kena lenyek dek tayar keta..
but 2 pengkebumian yg terakhir iaitu pintal dan colat senior dulu,sakit dan mati dalam "teratak kandang ku"..
yg pintal tu,dah pesan angah yg tanamkan..
cume last si colat mati kena lenyek ngan tayar keta ucu amy,sebak gak ar..
terus tanam malam die kena lenyek tu..kepale agak lembik..
darah keluar dari telinga..ucu amy memang dah nmpk colat tetibe kuar dari parking,
ucu amy ingatkan colat gerak skit,tapi die tak gerak langsung..
tu yg langgar..kitorang satu rumah memang tahu colat memang takkan bergerak kalau ade orang masuk dalam parking keta kitorang selagi kitorang tak alihkan..biasela..colat memang manje..
dan boleh bau orang2 yg selalu dtg rumah kitorang...
so die kenal bau..tp nak watcemane..hayat colat pun tak lame..
tapi tula..niat kitorang mase amik jerry dan mamat kat yna dulu, memang nak kan zuriat betina dari jerry...
dan memang nak bela kucing betina..
sbb 5 thn sblum tu ,kitorang bela seekor kucing jantan bernama keetam(pronounce as katam)..
mayb sbb dah biase ade kucing depan pintu rumah,so yande decide nak bela kucing betina..
kebetulan Yna nak bagi kucing2 dia..ade 25 ekor kucing cantik2 kat rumah dier..dia dah tak terlarat nak jaga..
die pun kena asma dan batuk2 sbb bela kucing2 tu..
tp hmpr 3 tahun anak2 betina sume hayat tak lama..yg jantan sofar yg hidup ade 4 ekor..
nmpknye kena tunggu lagila nak tunggu yg betina..insyaAllah be optimis on this..Allah Maha Kaya...
p/s: sedih lagi...hurm..tak sanggup nak amik pic arwah pintal semalam..pasni gua nak post salahsilah keluarga jerry dari mula die dtg cni hingga sekarang...sorry..gua memang minat kucing yg manja dan bersikap baek2..semoga pintal ditempatkan di kalangan makhluk2/haiwan yg beriman dan beramal soleh.. (kalau adela kategori mcm tu kat alam sana..)..gua satu family pasti merindui kenakalan mu pintal..
~Al-Fatihah~
(kepada yg tiada)
_
_
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Tuesday, March 3, 2009

Jam teruk giler bab semalam sbb < >..Astaghfirullahal Azim..












semua gambar diambil berdekatan dengan sekolah men. Maxwell area sempadan jalan ipoh..
p/s: kesesakan jalanraya semalam mcm ci**i
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia.




Ketenangan jua rasa yang paling rasa diantara rasa yang lain..

Semalam adalah kesesakan lalulintas yang teruk pernah gua lalui.. dgr citer semalam hujan lebat dan Banjir air naik di jalan kat area sekolah Maxwell dan area balai bomba (satu jalan ngan PWTC)..Kuar dari opis ke H/way ke PBD...masuk jer,terdetik di hati"eh nak cilok jalan lain la.."so masuk la kunun2 nak ke K.L ikut jalan ke Federal H/way.ingtkan ade jalan ke Bangsar,rupenye xde..nak x nak jalan terus ke Federal H/way...masuk federal,jalan sesak tp bergerak laju skit..smpi simpang midvalley dan cheras,terus lagi, dah sangkut pulak...ape lg..masuk jalan brickfield..jam kat tangan nak masuk 7.50 mlm..x mghrib lg nih..pastu,lalu sebelah KL Central nak tembus ke Jalan Kuching..sangkut lg pulak kat depan muzium negara...smpi bulatan sebelah stesen keretapi K.L lame,jarum jam menunjukkan 8.10 minit..ape lagi..terus masuk simpang bulatan pukul 9,parking tepi jalan depan JAKIM.dan berlari kedek2 ke dalam masjid Negara..dan "Allahuakbar"..


pic depan masjid negara yang sudah hampir13 tahun tak dtg solat sini
(13 lagi...)..chop* amik pic pas solat da...

"Hujan batu di negeri orang, Hujan Emas di negeri sendiri,
lebih baik kat negeri sendiri sbb hujan emas".. (suka hati je tukar pepatah kata)

~Iman adalah mutiara~ suasana yang amat tenang sekali kat dalam ni...
(cantik sungguh lampu nion biru dalam kolam tuh..)
~What a wonderful scenery~
(ko ni apehal,mcm tak pernah masuk masjid jer)
(ini masjid negara cantik die lain mcm skit..
rasenye indah lagi ruangan masjid wilayah persekutuan di jalan Duta)...
umur nak cecah 25 tahun tp masih tak berkesempatan nak solat dalam ruangan ni..
nnti ajak sayangku sekali la.."Allahuakbar"..

Tiang seri tegak berlima puluh ..
(scary gak tgok..macam tempat rejam syaitan nirrajim jerk..)

Ingat tu kawan-kawan..
P/S: Alhamdulillah..sampai gak bersolat dan menziarahi masjid negara..
insyaAllah gua akan dtg lgi...
_
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia




hehe..inilah yuna...dan sayang aku dibawah tu..hehe


Dari jauh gua mengagumi si yuna ni..memang berani mati..
satu lagu jer da boleh terkenal..siapa kate gadis bertudung tidak boleh berkarya secara solo..
andai diberi peluang,insyaAllah ade la jalan..gua ingatkan yg nyanyi lagu
ni artis dari seberang dong...ghupenye dari tanah air kite...
memang semangat rakan muda la penyanyi2 belia dan bersifat indie nih...
no wonder ramai yg suke lagu slow-guitar alunan minah nih..
walau ape pun,selamat berjuang ke dalam alam selebriti..
survive la selama mungkin...jadilah artis yg beriman dan beramal soleh insyaAllah..
yg penting jaga name baek keluarga, bangsa dan agama..huhu..tetibe gua nak bersyarah pulak..
gua nak letak lirik lagu yuna nikat cni tp mcm tak kena jer..sbb lagu tu dr gadis ke lelaki yg..... (lu pikir sendri)

yang ni Sajeje gua embed pic2 sayang ku ni yg gua amik curi2 kat mid valley..hehe..
sambil gua agak2 ape yg dibualkan dari jauh dalam 10meter dari tmpt duduk gua..
"Ala mama,nak toy gak...nak toy gak..tak kire" ..cover line muke cool padahal dah sebak
tak dapat toy..hehe..=p

"sob sob..mama suka macam tu kan...kalau mama x belikan,anje gi beli sendri la..pakai duit mama"
ek eleh..ingtkan ape la td..beli jela sendri...hehe =p

yang ni pulak muka gua yg bersifat cute nih baru lepas kena

marah+babap+cubit+belasah+rotan panjang+flying kiss geram sbb kantoi amik pic secara pepamarazzi..

tu yg mencebik dan mengembang tu..tahan angin kat muka sbb kena cubit..sayang ku dalam hatinye.. "hahaha..padan muke" ..sambil muke tersenyum kambing..

im sorry ~(amir raja lawak)..

P/S: hehe..sayang..jangan marah...i love u so much..

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Sunday, March 1, 2009

Rahsia my favourite no. "13"

Assalamua'laikum wr wb........ ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTA Q IM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat"

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia



p/s: gua lahir pada 13hb pada hari Juamaat bersamaan 14/10/1404 (Shawal).same dengan rukun solat.Thats why gua minat no 7 13 10 dan 14..huhu.. Friday the 13th is my big day wahai yahudi/kafir the b*llsh*t !!!

rujuk website ini untuk tarikh lahir dalam bulan islam..insyaAllah..
http://www.islam.com/islamicdates.asp

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "

Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....




"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )


P/S: Wallahualam...


Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia