Bagi makmum pula hukumnya samada wajib atau haram. sebabnya? makmum wajib mengikut imam semasa solat jemaah. kalau imam sujud, makmum wajib sujud. kalau imam tak sujud, haram untuk makmum sujud. tapi kalau imam tak sujud, makmum masih boleh buat sujud sajadah selepas habis solat, atau selepas mufaraqah dengan imam, dan hukum sujud itu adalah sunat.bacaan yang sunat dibaca ketika sujud sajadah ialah:

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.
"Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19
Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.
Wallahu'alam.
kredit to: http://www.syukur.org/
p/s:tetibe teringat..gua tak pernah buat..pas ni nak buat la..insyaAllah..
__
_
_
Demi.Allah.Tuhan.Yang.Maha.Pemurah.Lagi.Maha.Mengasihani.
No comments:
Post a Comment