Saturday, December 25, 2010

New Things on the block!

Semalam jalan2 kat e@curve, pas tgk citer Gulliver's travel (its a good movie), gi lah jalan2 cari pasal the curve la, ikano la, ikea la bla bla bla la kan... ini je barang yg sempat grab dan dirasakn amat diperlukan..haha..kecuali selipar dunlop dan L key satu set tu..

item no. 1 - mini vacuum for lappy
rege-15 hingget
* siap ade mini lampu..so clear skit la..

item no.2 - sleep mask
rege - 8.90 hingget!


item no .3 - kasut keroje primavera leather and flip
rege - 2xx.xx ...haha
(segan nak tulis, xde la canggeh mana pun)


item no.4 - set L key yang mantap..ini sure tak hilang dah siap ikat lg mcm pisau lipat.
stail lama yang gantung2 ni,senang nak hilang.ade ke ikat guna spring je?..
What the tuuut!

item no.5 - sandal dunlop
rege- 7.90 hingget!
* tak sangka ,company tayar ade buat bisnes jual selipar dah,sebab dah tak laku jual tayar ke?
ahaha
itu saja.sekian sudah.jumpa lagi..osakini shitsureshimasu!





Thursday, December 23, 2010

petikan dr one of my nephew..congrate's ye ana!

aneka cerita :DD: alhamdulilah :]: "first nak cakap ALHAMDULILAH, SYUKUR, TERIMA KASIH YA ALLAH :D kerana saya dapat 4A'S and 4B'S for my pmr exam :] target 5, tapi dapat..."

Thursday, December 16, 2010

myMetro | Tatu kalimah Allah

myMetro Tatu kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.
Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.
Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama. Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.

Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya. Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah. “Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan. Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai. Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.

Ciri kesalahan fahaman Syiah
Menghalalkan nikah mutaah
Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
Menolak ijmak ulamak
Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir

Wednesday, December 15, 2010

Nik Aziz ucap terima kasih kepada SPRM

Nik Aziz ucap terima kasih kepada SPRM

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur terhadap Allah berikutan beliau telah digugurkan tuduhan rasuah yang membabitkan tajaan RM65,000 oleh syarikat swasta untuk menunaikan haji awal tahun lalu.Ketika dihubungi sebentar tadi, Nik Aziz mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah membersihkan namanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan SPRM yang telah membebaskan dakwaan terhadap beliau semalam sebagaimana yang disiarkan oleh media hari ini.Semalam SPRM menutup dua kes berpotensi tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan iaitu berhubung kes tajaan sejumlah RM65,000 untuk menunaikan haji dan tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Eksekutif (CEO) PMBK.Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.Hadenan juga turut mendakwa, pelantikan Arrifahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK.Sebelum ini, media membuat laporan kononnya Nik Aziz telah menerima pakej menunaikan fardhu haji bernilai RM65,000. Ekoran dakwaan tersebut Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun lepas ke tahun ini.Sementara itu, SPRM juga telah mengumumkan, pegawai kerajaan di negeri Kelantan adalah antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

Wednesday, December 8, 2010

PIKOM dan Bonus?



Bermula esok, hingga ahad Digital Livestyle Expo anjuran PIKOM akan bermula. ana xde klu samada event ni sama seperti PC Fair spt yg selalu di anjurkan atau basic strategy nya sama dan kemungkinan ade sedikit cacawarna disini disinun. tp ana berminat nak gi la..mcm terlalu kuat daya tarikan nya.maybe sbb nama event tu lain mcm skit..hehe kebetulan lak esok pun bonus kali kedua akan dilepas dan akan ade sesi 2-way communication session bersama dgn En Roslan dan Wak jai. pasal bonus ni pun satu hal..ana tak kisah pun kalau xdpt......byk
hehe tp ana rasa ade something yg perlu luahkan kat bos2 ana ni..
al maklum la..pasal gaji jgk..yela..ana rase mcm ana ni underpaid plak. keje menimbun tp gaji takat tu jgk..adeh..ana rase ini adalah gejala biasa dalam dunia perkerjaan.. kalau private sector, boleh lg nak PK nak blah tmpt lain, kalau gomen, fuuuhh...masak2!
before 2-way communication, ade Y-gaya session plak...adeh..hopefully esok berjalan dengan lancar. rumusan untuk post ini = duit bonus masuk+ Y-Gaya session + 2 way communication +jom pergi pikom event = relief!!!

Pesanan Cat Steven tetap dalam ingatan

Pesanan Cat Steven tetap dalam ingatan

Sunday, December 5, 2010

Lawak Pak arab

http://www.youtube.com/watch?v=u6HTX36N9IU

Saturday, December 4, 2010

barang2 pembelian gua di Mega sale HP!

kelmarin, HP ade buat Mega sale kire mcm jualan penghabisan stok la...asal2 aku nak angkat head phone stereo, sekali byk plak rare item yang aku tak pernah tgok, HP ade...actually macam2 ade tp ni je yg aku angkat.. ini je?..1o item gak la aku amik..antara nya ialah:


1. Calculator - harga RM2


2. Beg netbook - RM 5



3. Lampu study



4.Mug besau - RM5



5.Mouse
6. earphone speaker
7. USB 4 port
8. Mouse pad 3 in 1.
/cloth for clean monitor/keyboard protector
semua 4 item - RM 50 je..murah kan

9. Beg Pack - RM 20



10. tempat alas laptop - RM 5

11. HP sweater - RM 25
hopefully HP byk kan lg mega sale mcm ni.
nice price dan superb!



2000_2001 Briot Prefect Gathering

Finally, setelah hampir berpuluh tahun(baru 1o tahun),akhirnya perjumpaan pertama reunion pengawas sekolah aku di hadiri 11 pengawas dan teman dan keluarga...alhamdulillah perjumpaan berjalan dengan jayanya..sungguh meriah dan gembira semua dpt berborak setelah sekian lama x berjumpa... dengan itu, silah enjoy pic2 yg ana upload di sini yea!... have fun watching!

Norziah dan Suami
Kerjaya: Cikgu dan cikgi suami isteri

Badri Azni
Kerjaya: SPRM a.k.a pegawai suka rasuah...hehe


Nadzir dan juga budak skelas aku
kerjaya: Kontraktor


Fadzil Ismail
Kerjaya: Aku rasa jurutera E&E kot.. di Telekom jalan raja Laut

di dalam gambar dr kiri: Lib( Tutot UTM),Yas ( JKR),
Fadzil dan Sufian (Kontraktor di Putrajaya)



Auz dan anak
kerjaya: Planner di Sepang
Gambar beramai2 Official 1st Picture Reunion of Pengawas SMT SSB
2000/2001