Wednesday, October 28, 2009

John Perkins si agen kapitalis dunia

Pada 2004, John Perkins menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugasnya, Perkins telah dimasukan bekerja di sebuah syarikat konsultan ekonomi sebagai baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA.

Sebagai penasihat ekonomi, Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Arab Saudi, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng: dia akan menasihatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega (seperti projek Bakun).

Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga kerana dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini, apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka, maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat (seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat.

Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega.

Dalam masa yang sama, melalui Perkins, Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini cara "merasuah" para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walaupun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manfaat untuk rakyat. Ia hanyalah kelentong.

Kontraktor-kontraktor projek, perkakas pembuatan – semuanya didatangkan daripada nasihat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar 'Mat Saleh' yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan.

Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang dipanggil ‘pakar’.

Dalam masa yang sama, Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini - ia sebahagian daripada strategi Perkins. Ia perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, Bank Dunia, Bank Eropah dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins.

Bunga dan hutang ini akan meningkat, lalu menambahkan lagi beban negara. Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins: subsidi mesti dihapuskan. Kawalan makanan dilupuskan, import dibesarkan. Barangan eksport dimurahkan.

Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan eksport.

Akhirnya – akan sampai suatu masa – hutang begitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan 'menasihatkan' para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon menjalankan cari gali di Ambalat – mislanya yang terjadi di Indonesia.

Ia perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisme dan terus berdegil, maka akan dihantar apa yang di panggil ‘the Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada 1953.

Presiden Guatemala pada 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada 1965, Ecuador pada 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimiliknegarakan oleh Omar Torrijos pada 1977. Kemudiannya, pada 31 Julai 1981, kapal terbang yang dinaikinya meletup di udara.

Sesudah Torrijos mati, Amerika kembali mendapat hak untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri perkara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilakar oleh Razak Hussein mengetepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini berasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia, mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga dikritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA.

Ketika itu air, api, telekom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda dan perbadanan kemajuan ekonomi peringkat negeri SEDC – semuanya milik orang ramai, yakni milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Mak Jah peniaga warung di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang daripada kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksimum.

Apabila Mahathir Mohamad naik, semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina), Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkendurilah kaum kapitalis ini.

Harta kekayaan mereka bertimbun-tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di tangan swasta, hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal (kaum: Cina) sebagai penjana pembangunan. (Ia tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warung di Senawang) DEB hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan.

Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu atau Bumiputera. Ia hanyalah mimpi tegang yang tidak terpancut-pancut.

Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalaupun tupai beranakkan gajah, dasar ini tidak akan tercapai!

Dasar DEB tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis "apa boleh jual akan dijual, apa yang boleh dibeli akan dibeli".

Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabur untuk Melayu, ia pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Wang yang mengalir ini belum mengambil kira jumlah rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat dikayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli.

Kalau Melayu semua kaya, siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, nelayan dan Minah Karan dan Mat Spanar?

DEB hanyalah satu kelentongan atau tipu helah - lubuk para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu.

Dengan bersandarkan kemelayuan, maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan, pergaduhan Melayu lawan bukan Melayu baru selesai (peristiwa 13 Mei 1969). Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu.

Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar DEB ini. Anggapan mereka cukup tepat.

Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan?

Dasar untuk menjadikan 30 peratus harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampung.

Memang betul ada perubahan. Kalau dulu, pada 1974, di Kampong Chenor (kampung saya) tidak ada elektrik dan air, hari ini telah ada.

Tetapi air dan elektrik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.

Sekolah dan universiti dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.

Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Telefon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Inilan perbezaannya.

Inilah hakikatnya.

Dua minggu dahulu Najib Razak telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh - perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda.

Liberalisai bermakna syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari lalu Najib telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar (baru) ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk dientot. Ertinya, tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini.

(Kalau saya kapitalis, saya akan terpancut siang malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah peribadi yang berat. Jangan silap baca, ia tidak ada sangkut paut dengan berat isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik.

Contohnya, parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak-retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina) telah menjauhkan diri daripada Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, wanita cun dari Mongolia. Media luar ini alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi.

Kaum pemodal antarabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini. Hantu-hantu, polong-polong dan puaka-puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional, maka Najib menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dari dalam dan luar negara - inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib.

Di mana Perkins kaki pukul sedang bersemayam?

Jangan risau, si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghantar budak suruhannya dari Singapura. Lupakah projek mega, jambatan ketiga yang dicadangkan Najib sewaktu berkunjung ke republik itu?

"Perkins-Perkins" ini mungkin ada jaringan dalam Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas.

Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

DEB atau Dasar Pendekatan Baru ini semuanya tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi itik di Jalan Petaling.

Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Hang Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu diikat dengan pelbagai gaya – cukai, tol, bil hospital, bil air, bil api, bil sewa rumah, cukai rumah – di mana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabur dan membawa modal. Hujah ini betul-betul daripada kertas kerja John Perkins. Beginilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar kepentingan ramai mendahului kepentingan peribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus di mana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani kerana dari tenaga mereka inilah munculnya modal.

Modal muncul daripada tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang daripada tenaga warganegara itu sendiri.

Modal bukan datang daripada IMF atau Bank Dunia. Duit daripada IMF atau Bank Dunia itu hasil rompakan tenaga kaum buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru, dasar menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan tiga relung sawah.

Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan tiga relung tanah sawahnya kepada...

-Sumber Malaysiakini
tulisan taipan Hishamuddin Rais

p/s: celaka na#%b! dasar ko membuat harta melayu menjadi kangkang dan kongkang.. dasar liberalisasi yg bangang yg ko lancarkan hanya utk jaga periuk nasi ko jer..melayu gadai melayu..islam pun aku taknak ngaku sedare se-Islam.. tolong syed mukhtar al-bukhari, tolong la perbetulkan najib tuh..adik na*&b sekali, tolong perbetulkan abang hang tuh...

Speculations on the Interphone study outcome cause unduly panic

The Interphone study is a research trying to determine whether mobile phones increase the risk of humans developing cancer. News reports on the results of the study spread like wildfire recently allegedly linking mobile phones with three specific types of cancer.

The thing is that the official statement on the matter is that the results are still not finalized so any conclusion expressed by the media based on the study is at best incorrect assumptions.

The study

The Interphone study isn't the first and won't be the last research of that kind but what makes it important is the people behind it. The study is coordinated by the International Agency for Research on Cancer (IARC) which is a part of the World Health Organization (WHO) and a part of the funding even comes from the Mobile Manufacturers Forum (MMF).

The 10-year Interphone study costs 30 million US dollars and is actually a whole series of multi-national studies which have taken part in 13 countries across the globe and have included more than 10 000 human subjects. The goal is to find out whether mobile phone radiation is able to increase the risk of four kinds of cancer - acoustic neuroma, glioma, meningioma, and tumors of the parotid gland. In other words - cancer types involving the tissues around the ears and mouth.

The media reaction

Until the final Interphone study results are revealed (expected before Christmas) all articles on that subject should be considered speculative.

If we quote the MMF reaction to those comments in the media “There is absolutely no information circulating at the moment that is accurate and correct with respects to the results of that study".

And some tips

However, the study website suggests some sound advice on minimizing phone radiation exposure be it harmful in the long run or not.



You could try to talking less and text more to minimize head exposure. The use of a hands-free set is also recommended (a Bluetooth headset is also better than nothing as it decreases radiation exposure by nearly 90%).

A research claims that phone radiation may also drop a man's sperm count by 30 percent, so guys, you'd better avoid wearing you phone in your pants pockets.

While not in use phones should be kept at least a meter away from the body. So, don't put your handset next to your pillow or on the bedside table. If possible, it's best if you turn your phone off at night.

And when it comes to children, don't forget that their skulls are way thinner and the brain smaller so radiation absorption is much higher. The best you could do is forbid small children the use of a mobile phone or at least to encourage them to text instead of talking on the handset.

Our part

As a way of expressing our concern with the possible negative effects of the prolonged cellphone radiation exposure, as of today we'll start work on a little internal project. Our goal will be to add a new field in our cellphone database that will make the SAR rating of all current GSM phones public and easily accessible through our specification pages.

We've had numerous user requests about adding that information and we've finally decided that we should make the extra effort and publish the SAR ratings for all currently available phones - where available within our reach, of course. It won't happen overnight, but so that you know - we're on it.

sumber: http://www.gsmarena.com/speculations_on_the_interphone_study_outcome_cause_unduly_panic-news-1215.php

http://www.mirror.co.uk/news/top-stories/2009/10/25/new-cancer-link-to-mobiles-115875-21771409/

Monday, October 26, 2009

Law Abiding Citizen Mantop!

Akhirnye..dpt jgk tgok...FUHH! mantap sey!..sape tak kuat semangat, jgn la tgok citer nih...aku mmg layan citer2 mcm ni..mendebarkan , dan penuh aksi..lakonan Gerard Butler mmg layan...aku dah lame jd die hard fan mamat nih since film 300.. dia pun berlakon mcm hero Gladiator..ala aku lupe pulak name mamat tuh..tp dari segi lakonan ,mmg same...aah..baru ingt..mcm russel crowe..
bezanya russel dah dpt oscar..hang tak dpt lg..so hang kena byk berlakon citer2 hebat2 plak pasnih.. aku rekemen kat korang tgok citer nih..

tahniah bro..lakonan mantap!tahniah untuk aku jgk..=p

p/s: tahniah ain sbb dah grad's..teruskan perjuangan untuk deg pulak..

Wednesday, October 21, 2009

Citer Saadom best! citer tukar muka pun ok gak!

haritu aku gi tgok citer PAPADOM!..huh best siot..seronok dan girangnya aku..dah lame tak tgok movie melayu yg betul2 ada uhm!..mantop sey! no wonder afdlin dan LJ menang award.. congrate's bro... buat lagi citer mcm ni...gua tgok blogspot lu pun beratus yg komen kate filem lu masyuk! awek aku pun meleleh.. dah mcm water cooler je aku tgok...geram je nak telan air mate die..comel pulak tuh...heheh..sebelum tu citer surrogate! mantop..citer bruce willis, tom hanks, will smith, sean penn mmg aku layan..siap aku kumpul sume citer2 diorang nih..citer best ..tp ade kureng skitla..tak tahu tang mane yg kureng..kurang skit dr citer terminator..but average, filem ni layaaan...skrg aku nak jd die har fan utk lakonan gerard butler...sejak filem 300, gua mmg suka tgok citer dia..ni tgh tunggu citer terbaru..pebenda tah tajuk dia..tp soon la, ade kuar film br..tgok trailer citer tu, mantooop... bait2 ayat dlm citer tu, mmg killer la.. " a man of lost everything is capable to do anything"...Fuh... gile kentang sambal sayur pucuk paku!!.. tak kire aku mesti tgok..jgn lupe yg darling, kiter tgok same2..hehe ..
p/s: suppose bachelorette party for hafiz ramly (my technician)2day, coz tie a knot this saturday, tp melayan lunch kat roundabout jer..hampeh tul...ingtkan dpt makan nandos..=(
anyway, congrate's bro!...selamat pengantin baru!

Monday, October 19, 2009

lame tak tulis dowh..

tapi aku hepi..arsenal sofar memberi keputusan yg amat memberansangkan..hopefully boleh maintain for another 7 games b4 lwn dgn big 4 ...kalau 7 games x 3 = 21 pts.. 21+18?...so banyak kan...at least kalau nak kalah ngan team besar2,point dah byk...go arsenal go!

Tuesday, October 6, 2009

Astaghfirullah..kuduskan hati ku..sykur pada Allah..

Aku sgt berusyukur Ya Allah. tragedi gerak gempa dan tanah runtuh di Padang, Indonesia telah byk menyedarkan aku tentang erti kesyukuran dan tuah..Allah manzuril Islam wal muslimin fi Palestin,fi Padang Indonesia, fi kullimakan. Amiin Ya Rabbal Alamin~.

Sunday, October 4, 2009

Doa Yassin Terjemahan Bahasa Melayu

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapiapabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruhmalaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawakerjamu atas perintah dan atas namaKu."Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambiltanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabutroh manusia."Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia.
Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanyahanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warnakukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dansebagainya.Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itubahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapanAdam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jikaorang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresapsampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)