Monday, August 31, 2009

Premier League - Wenger to get apology


Arsenal manager Arsene Wenger is set to receive an apology from Premier League referees chief Keith Hackett following his dismissal in Saturday's 2-1 defeat to Manchester United.

League Managers Association chief executive Richard Bevan has spoken to Hackett about the Old Trafford incident which saw Wenger sent to the stands by referee Mike Dean on the advice of fourth official Lee Probert.
And he has been told that Wenger will receive an apology from the Premier Game Match Officials Board which appoints officials to top-flight games in
England.
The Gunners boss caught Probert's attention when he kicked an empty water bottle down the touchline following a disallowed goal for Arsenal in the final minutes.
On the decision to penalise Wenger, Bevan said: "Although correct in 'law', it was completely out of context in the game and it was followed by the nonsense which followed over where Arsene Wenger should sit.
"I've spoken to Keith Hackett and he fully recognises the situation was an error and an apology will follow to Arsene Wenger.
"Lee Probert totally failed to manage the situation and created a needless pressure point taking the focus away from the pitch in a big event with only a minute to go."
p/s: aku dah kate dah ref england ni sume bodo2...patut la xde sorang terpilih masuk world cup fifa..=p

Sunday, August 30, 2009

Menang yg tak bermakna! malang si wenger

Fuhh..tension aku tengok game ars-m.u haritu...actually..ars mmg control game, tp luck xdekan..
as unofficial pundit kan..eceh..100% pundit kat channel espn tu menyuarakan overall ,ars yg control game, dari segi passing,percubaan ke arah goal sume nye, arsenal yg byk..bukan sbb aku sokong arsenal,tp itulah kenyataannya...aku rase man of the match untuk arsenal, sudah pasti van persie. mamat ni tak henti2 berkerja keras utk mengasak ke kubu lawan. asal2nye aku nak bagi kat diaby sbb dia control midfield dgn jayenye(tp dah jaring gol sendiri,so tak jadi la).. frust jgk la sbb last try tu, dikira offside..kalau tak,dah equal 2-2. untuk man u, kredit to michael carrick and fletcher..diorang maen superb..

kelihatan wenger menunjuk segaknye dihadapan penyokong anti-arsenal

si wenger pulak kena halau..yg pengadil tu pun satu bodoh.halau ke tengah..sah2 la tmpt kuar lorong tu kat hujung padang sane tu(die lupe kot)..yela selalunye,lorong pemain tu kat tgh2 stadium.. seb baek si prof tu control macho power giler mase nak kuar..kena halau sbb tendang botol air je?!..nonsense!haprak punye pengadil ke-4(yg dok kat luar padang tu)...huh! Man u menang pun diaby?..maybe statement aku mcm kecewa atau iri hati..tp alex ferguson pun cakap" the game is not in our side but we deserve something"...deserve la sgt..bagi can la..nanti bg kalah,cakap pengadil la busuk hati la, berat sebelah la.. tahu la sgt ayat standard korang2 si manager nih..kalah kutuk, menang sbb kitorang power!.cet poorah..

p/s: arshavin maen superb..gol lu mmg cantek!

Thursday, August 27, 2009

H1N1 Stand for.....

Hemagglutanin & Neurominadase are surface antigens. The number '1' refers to the specific sub-type of those antigens. The sub-types differ in their basic structure.
There are a number of different viruses with variations of this same basic name, such as H2N2, H3N2, H5N1 and so on..It's pretty meaningless unless you look at them under a microscope!
Happy Reading!
:
::
:
p/s: kena bintat2 pulak haritu...lopak air garam!..

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

selamat menyambut kedatangan Ramadhan!
Perbanyakkan lagi amalan2 sunnah di waktu malam.
insyaAllah Semoga Allah mencucuri rahmat semua hamba-Nya.
Amiin..

p/s: duit xde nak beli baju raye..=(

Monday, August 17, 2009

Arsenal kenduri besar 6-1 kalahkan si nyamuk Everton!

Unbelievable!! ade sape2 tgok arsenal maen haritu?...fuh…gol arsenal mcm air je kan?…dapat je gol, pejam mata tutup mata ,dpt gol lg… Tak sangka tp tak mustahil..maksud aku..aku bajet arsenal menang. Tp xde la smpi 6 beb…gerek…tidur mimpi indah baek punye…tp mata aku tahan jer..yela tgok kul 1230 pg..sure nantok.. seb baek dah tido jap seblm tu..fabregas memang mantap.. arshavin to sah kate la..kiri kanan die pegi..paling best bile gallas dan vermaelen, dua last man yg dpt goal dr set piece..
Korang ade main fantasy football tak? Utk kedua premier league dan yahoo fantasy, aku dpt 42 dan 40 points..giler power aku..memang sah aku terer pilih pemain..sbb aku dpt sume point utk sume player yg aku pilih tp dpt point skit jer.. nyesal aku tak pilih fabregas dowh..die aje dpt 44 points..( 2 goal+2 assist+captain)…shial jer…
Tp group aku baru 2 orang je masuk..so sape2 nak masuk league kitorang, komen kat aku nnti ek…chow brother!!

p/s: semalam layan karaoke..baek punye...

Friday, August 14, 2009

FUH..Semakin hangat!..demam EPL

kalau korang jantan, korang mesti tahu sabtu ni ape yg akan berlaku...kalau tak jantan, die taknak amik tahu pun..
ape yg aku maksudkan ialah liga EPL akan bermula...all team dah ready sehabis baik dah utk mengharungi liku2 menang kalah seri sepak terajang tanduk tampar tipu tertiarap segala mcm smpi jun al tahun depaaan...aku sebagai fan susah nak mati "penembak london" sejak 92, aku rasakan kalau ahli2 skuad utama spt eduardo, gallas, glichy, sagna fabregas, arshavin, almunia dpt stay out injury,i think arsenal will something better than last season. i said better , not conquer..like arsene wenger yesterday, " arsenal is mature and fit enough to challenge the title"..maknenye prof ni cakap arsenal kire leh compete tp nak menang tu,fuuh.. boleh tp kalau masuk judi barclays tu, yg paling corot la.. dalam 35/1 ke..lebih kurang mcm tula...kalau MU tu dalam 4/1, chelsea 7/1, liverpool pulak 15/1...aku tak berape paham pasal rukun perkiraan tu, tp aku boleh agak skit2 la.. so as a diehard fan "penembak london", best of luck Arsenal!...go anuar arshavin!..=p

p/s: al-Fatihah utk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)...=(

Wednesday, August 12, 2009

Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak

Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.
Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.
Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?
Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.
Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.
Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.
Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.
Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.
Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.
Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?
Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.
Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.
Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).
Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.
Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.
Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?
Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.
Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.
Persoalan seterusnya, sila isi ruangan komen di bawah untuk dibincang bersama.
Wallahu a’lam.
Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):
1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.
Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

soleh.net