Thursday, April 23, 2009

Lubang gergasi aneh di angkasa



Misteri: Lubang gergasi aneh di angkasaKekuatan graviti ‘luar biasa’ boleh sedut apa saja mendekatinyaMISTERI lubang hitam yang bertebaran di angkasa lepas dikatakan menyamai konsep kejadian aneh yang berlaku di Segitiga Bermuda apabila kapal atau kapal terbang yang melintasi kawasan perairan itu ghaib secara tiba-tiba.Bagaimanapun, lubang hitam seumpama lubang gergasi, saiznya lebih luas daripada matahari serta terawang di angkasa menyedut apa saja yang mendekatinya termasuk planet. Malah kekuatan sedutannya menyebabkan cahaya yang tidak memiliki jisim juga tidak mampu melepaskan diri.Misteri yang menyelubungi kejadian lubang hitam itu bagaimanapun hanya mampu dikaji dari jauh lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia nyata masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang itu.Menggunakan teleskop dan pengamatan terhadap bintang yang disesuaikan pula dengan pelbagai hukum fizik yang berlegar sekitar bumi, pelbagai teori dikemukakan bagi mengisi kekosongan pada ruangan jawapan yang dicetuskan misteri alam itu.Antara teori diterima pakai ahli astronomi adalah teori yang sama digunakan alat penyedut hampa gas - kekuatan lubang hitam terjadi berikutan tarikan graviti dalam lubang itu adalah kuat berbanding tarikan sekelilingnya. Justeru, apa saja yang menghampirinya akan disedut.Bagaimanapun, kekuatan gravitinya ‘luar biasa’ dan amat dahsyat. Dikatakan jika kekuatan graviti itu wujud di bumi, ia akan memampatkan saiz planet ini menjadi sekecil bola yang berjejari sekitar satu sentimeter.Teori lubang hitam sebenarnya dikemukakan lebih 200 tahun lalu. Pada 1783, ilmuwan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya lubang hitam selepas beliau meneliti teori graviti Isaac Newton.Beliau berpendapat jika objek yang dilemparkan tegak lurus ke atas akan terlepas dari pengaruh graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih 11 kilometer perdetik, maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki graviti lebih besar daripada bumi. Bagaimanapun, perkataan ‘lubang hitam’ pertama kali digunakan ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat kerana cahaya turut disedut ke dalamnya sehingga kawasan sekitarnya menjadi gelap.Menurut teori evolusi bintang, asal lubang hitam adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan melebihi 25,000 darjah Celcius. Ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yang memakan waktu kira-kira 10 juta tahun selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.Kemudian, bintang itu menjadi dingin dan bertukar kepada bintang merah raksasa. Dalam fasa itulah, akibat tarikan gravitinya sendiri, bintang merah raksasa mengalami ledakan dahsyat atau disebut Supernova dan menghasilkan dua jenis bintang iaitu bintang Netron dan lubang hitam.Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih dari satu dekad menunjukkan kekuatan tarikan graviti lubang itu menyebabkan ada bintang yang hancur dan ditelan olehnya.Sebelum ini, ahli astronomi sudah melihat bagaimana lubang hitam menyedut gas yang berterbangan di sekitarnya. Gas yang disedut itu menjadi panas sehingga memancarkan radiasi dalam pelbagai panjang gelombang, mulai daripada gelombang radio hingga gelombang cahaya tampak dan sinar-X. Berdasarkan pengamatan, ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, pernah melihat sebuah bintang yang mendekati lubang hitam raksasa akhirnya lesap ditelan lubang itu.Lubang hitam raksasa yang dilihat itu berada di pusat galaksi RX J1242-11 yang jaraknya dianggarkan 700 juta tahun cahaya dari bumi. Bintang yang disedut lubang hitam itu pula memiliki ukuran sebesar matahari sistem suria kita. Bintang itu hancur sedikit demi sedikit dan disedut ke dalam lubang itu selama beberapa hari. Pada peringkat awalnya, bintang itu kehilangan gas yang berada di sekelilingnya.Selepas itu, bintang itu menjadi panas hingga jutaan darjah Celcius dan hilang ditelan lubang hitam. Dalam proses itu, ia melepaskan tenaga yang kuat iaitu setara dengan tenaga yang dihasilkan pada ledakan Supernova.Ahli astronomi mengesan kedudukan lubang hitam dengan memperhatikan cahaya di sekitar bintang ataupun gas di angkasa. Apabila di suatu tempat itu tidak ditemui cahaya tetapi di sekitarnya terdapat banyak objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum hilang, maka titik berkenaan ditandakan sebagai lubang hitam.Terdapat banyak lubang hitam di seluruh semesta malah ada teori yang mengatakan di galaksi Bima Sakti ini juga terdapat sebuah lubang hitam. Justeru timbul persoalan sama ada matahari kita dan planet yang mengelilinginya termasuk bumi akan disedut lubang hitam itu?Ahli astronomi memberikan jawapan, ‘tidak’ kerana berbanding galaksi lain, lubang hitam di Bima Sakti dikatakan dalam keadaan tenang disebabkan sedikit saja objek sekitar yang disedutnya. Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik minat ahli astronomi sehinggalah satu jawapan yang benar diperoleh. Selagi manusia belum mampu menjelajah jauh ke luar angkasa, selagi itulah jawapan itu gagal diperoleh dan pelbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan bagi ‘menyelesaikan’ misteri alam itu.Fakta: Lubang HitamTurut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’.Kewujudannya dikesan pada 1783 oleh John Mitchell.Luasnya melebihi saiz matahari.Menyedut apa saja di sekelilingnya termasuk bintang dan cahaya.Teori sedutan akibat tarikan graviti di lubang hitam lebih kuat dari kawasan sekitarnya.Teori menyatakan ia berlaku akibat letupan Supernova bintang merah raksasa.

Wednesday, April 22, 2009

Mujaharah?..berkongsi ilmu

Janganlah mujaharah (menceritakan dosa)

Rasulullah? bersabda,”Semua umatku dimaafkan kecuali mujahirun (orang yang berterus
terang). Termasuk Mujaharah ialah seseorang yang melakukan suatu amal (keburukan) pada
malam hari kemuadian pada pagi harinya ia membeberkannya, padahal Allah telah
menutupinya, ia berkata, ‘Wahai fulan, tadi malam aku telah melakukan demikian'.? Pada
malam hari Tuhannya telah menutupi kesalahannya tetapi pada pagi harinya ia membuka tabir
Allah yang menutupinya. ”

Thursday, April 16, 2009

Cik Rabu Cik paling sibuk ?+ Kelas Naruto?..+ Arshavin?

Naruto?Bleach?OnePiece?...Ini semua adalah siri manga yang tak pernah miss dalam mingguan aku.. tapi semua dalam bahasa Inggeris...sejak biler tah aku bernekad hendak memahami siri2 manga ini dalam bahasa jepun pulak..dan dgn penuh azam,pergila aku ke kelas2 bahasa jepun..percaye atau tidak, minggu pertama dalam satu2 kelas atau subjek adalah yang paling best(kecuali darjah satu la sebab tak kenal langsung)..padahal minggu lepas semua senyap sunyi sepi..nak cakap sebutir pun,murid2 pun takut...
tapi semalam semua dah agak2 berani mati pulak...rajin sungguh menanya dan byk yg konpius.. kelas kedua ni byk peningkan kepala aku...aku dahla masih tak ingat hiragana lagi, tapi skrg ni dah push2 kena hafal pulak..sebab mg depan ade test untuk hiragana..minggu satu lg,test untk katakana pulak...aduhai...pening den..satu ape tak hafal lg..ingat aku nak library negara weekend nih...
Tapi aku ade belajar Ucapan2 baru seperti ;

Ohaiyo gozaimasuka
Konichiwa
Konbanwa
Arigato Gozaimasuka
Sumimasen
dan ade 2 butir ayat aku tak berape ingt tp pas ni aku ingt jgk..so tungggguuuu...

nak taknak kena jgk...terpakse..library tula tmpt yg agak2 sesuai nak pi study..sbb kat rumah mcm hurm..memang takkan study sbb byk tarikan untuk tidak study, dan kemungkinan nak study dgn lebih lame agak tipis...tapi aku cube dulu la study kat rumah...dah la minggu ni ade pesta buku antarabangsa kat PWTC bermula esok hingga ahad ni...kalau masuk blog saudara Faisal tehrani,mesti die promote buku2 dia.. tp tidak dinafikan, memang agak sukar nak mendapatkan buku saudara FT ni..xpelah..insyaAllah aku akan kesana..lame jgk tak pegi.. dah setahun..
dan solat maghrib pada hari2 rabu ku,akan ku bertandang ke Masjid Negara.sebab tu la yg paling dekat nak push the limit..kat tmpt belajar tu pulak sah2 xde...ade pun siang jer ..malam lgsg takde...nak ke masjid wilayah,bimbang terus solat isyak pulak...(tak sempat latu)... senang citer, hari rabu hari paling rush...nak ke kelas pun rush, nak ke masjid untuk solat pun agak rush.... dah smpi masjid, baru tenang....Alhamdulillah...


"Arshavin at Malaysia"
setelah menanti hampir 3 bulan dipasaran, Finally the rock has come back to Kuala Lumpur!"
huhu..dapat jgk jersi ni..actually aku xdelah berape heran sgt nak beli baju ni,sbb dah tentu aku sokong arsenal dan satu kampung tahu aku sokong the Gunner sejak dari darjah 2..ketika zaman Lee Dixon,Nigel Winterburn, Tony Adams, Martion Keown,Steve Bould dan David Seaman. yang lain yg seangkatan dgn diorang aku tak berapa kenal. tadi aku dah try...Fuh...memang gerek seh...haha..maybe ini la kegembiraan aku yg seketika walaupun selepas ni,aku tahu byk cabaran akan ditempuhi dgn penuh berliku2..tapi kalau dapat pakai baju ni mase arsenal memang champions league cup dan F.A Cup kan best....hope fully tuah nak dpt piala musim akan tercapai...Cayalah Meriam!!..
_
_
p/s: hidup ditinggal kan kerana tiada yang sudi menemani...ranjau hidup dunia,jiwa lara ade rasa getaran sana sini

_

Demi.Tuhan.Aku .Dan Dia

Sunday, April 12, 2009

Paderi gila kan Babi?

Pada satu hari, seorang paderi berjumpa dengan seorang lelaki islam yang alim di dalam kapalterbang.Mereka duduk bersama-sama. Setelah kapal terbang mula bertolak, mereka mula berdebat tentang hal agama.Setelah lama berdebat, seorang pramugari datang untuk memberi makanan. Paderi itu meminta "Can I have pork?". Pramugari itu segera mengambil sepinggan daging babi. Kemudian lelaki alim tu pula meminta nasi ayam. Pramugari itu memberikannya sepinggan nasi berlaukkan ayam.Setelah mereka habis menjamu selera, paderi itu berkata "Ha2, rugi awak tak dapat makan daging babi. memang sedap sehingga menjilat jari". Lelaki alim itu berdiam diri. Setelah itu, Mereka sambung berdebat.Setelah mereka sampai di lapangan terbang, lelaki itu bersalaman dengan paderi itu dan berkata,"Kirimkan salam saya kepada isteri awak". Paderi itu pun berkata,"Saya tidak ada isteri kerana tidak boleh berkahwin"Lalu lelaki itu berkata "Takder isteri? Ha2, ruginyer. Perempuan lagi sedap dari daging babi."
_
_
p/s:yeke?...huhu..tak boleh jawab sebab masih bujang..tapi pasti lagi sedap dari babi...
_
_
Demi.Tuan.Aku.Dan.Dia

Saturday, April 11, 2009

Nursyahidah Adilah

Alalalala...sungguh cantik matanya...ini lah wajah sepupu " baru" aku yang baru berusia 11 hari...
tomey sungguh...mata besar mcm mak usu peliharaan aku..hehe..dia mms gambar ni kelmarin...skrg dah cukup 13 hari baru nak post dalam blog..."13" lagi..hehe harini tugas dirumah byk yang tertangguh... tugas2 yang perlu di settle harini ialah:
1) Kuar dari rumah ...eh itu tak masuk dalam list... kemas laman depan
2) Kemas laman belakang..macam buang sampah+sapu sampah+ pecah kan almari yang buruk dan lembik
3) Bakar sampah termasuk lah ngan almari kayu td tuh..
4) Nak basuh keta tp mcm yande dah tolong basuhkan...sbb tu tukar ke tugas2 khas..
5) dan yang terakhir..Ape laie, sental uniform kerja aku la..belah kolar tu dah berlumut dah...kasut pun kena kiwi
skit2..
Harap ptg ni nak study jap pasal kelas japang aku..hopefully la..kena bg expert dalam 3 tahun ni insyaAllah..
p/s: tp rasenye belaja bahasa arab lg senang kot...serius senang sebab dah belajar dari tadika...

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia


Friday, April 10, 2009

Bila-Bila Katakan lah sayang ku..

Bila-bila katakan… akucinta kamu
bila-bila lafazkan…. kau rindu padaku
bila-bila katakan…. ku perlu kamu
bila-bila lafazkan…. kata manis untuk kamu

senyum riang sedih berduka
jalan yang sama tetap kita kan ke sana
teruslah ia dewasakan kita
bawa berpada-pada terus ke akhirnya
aku cinta dia…
aku pun sama…
dalam serupa perbezaan punya
lain caranya yang penting isinya
kamu selalu dicari dari hari ke hari
tanya ke mimpi hingga lah bersemi
perhatian di beri kerana dia yang ku nanti
hulur tanganmu ayuh ku bawa mu ke sana
terbang melayang kita bersama
naiki kapsul kecil ku berdua
jelajah dunia kita didaya

Bila-bila katakan…. aku cinta kamu
bila-bila lafazkan…. kau rindu padaku
bila-bila katakan…. ku perlu kamubila-bila lafazkan….
kata manis untuk kamu
bila-bila sebut saja bila
tahu nama kuku datang dengan segera
beria ia ku tadah apa saja
beri yang terbaik dari yang lama lama
ooo…semua indah aje..
heyyy…mulanya okay ape
manis berkata dipanjang berjela
ade aje bende nak dibicara
inilah dia yang mengaburi mata
janji janji jiwa untuk satu cinta
benar benar ini yang nyata
lebihkan pada mula sambungnya tiada
sama ratakan kasih sayang
inilah yang terang terang
bertenang kejar bayang
takda penghalang kalau dah sayang…

Bila-bila katakanku cinta kamu
bila-bila lafazkankau rindu padaku
bila-bila katakanku perlu kamu
bila-bila lafazkankata manis untuk kamu

ohhh….ku sayang..percayalah pada diriku..
semua nya..segalanya…
yang kuberi tulus dari hati..
usah melatah meratah kata cinta
kunyah elok-elok hadam nya dengan sempurna
faham cinta kenal erti cinta
tamat cerita muncul lah kita
bila-bila datang lah segera
rindu diaaku dirindunya
dia jugakurindukan jua
atas nama cinta kita berdua

Owh..Training+Pilihan Raya+Kelas Bahasa+ko panggil aku cacat ek!!

"Training+Boring+Nasi Goreng Medan?"
Hai semua....dah lame tak blogging...rasanye ade dalam 7 hari setengah jugak la...bukan ape...sebenarnye banyak kisah yang terjadi sepanjang minggu nih... start dari hari sabtu lepas la gua citer...eh skrg ni gua nak tukar gaya penulisan la..bukan gaya ape pun..just nak tukar dari panggilan diri "gua" ke "aku"...dah tak nak jadi orang singapore dah...semak je bunyik nye...hehe...okla..1st of all, aku pergi training kat Pheleo Damansara II( sebelah Estin Hotel)...gi sane bersama2 dgn teman2 se-department aku dari Melaka iaitu si saiful, syed hafiz, zaki, irman dan hariry...

Hanya aku dan si Hafez Ramly jer dari sini...naik dua keta ke sana..Jazz dan CR-V tp aku kena guide ke sana sbb aku mcm tahu je jalan kesana..tak jauh dari opis kitorang pun..kire tahu jgk la..kitorang gi training pasal "TV conference configuration setup" untuk equipment baru..hahaha aku rasela,mase 1/4 aku habis kat situ dgn tidur..bosan dowh...trainer tu cakap memang hebat la..byk pengalaman tp sgt tidak profesional...ptutnye mase training tu, bagila guide ke manual ke tutorial cemane nak setup..kan mudah nak buat rujukan..yela,bukannya selalu ade TV meeting..so maybe akan terlupe punye..ini tidak,kitorang terkontang-kanting nak bagi paham...actually aku tak kisah pun,sebab TV meeting gadget kitorang yang lame pun tak jauh beza ngan ape yg kitorang tgh belajar skrg nih..ibarat mcm keta wira dan keta waja la...brand yang same tp ade sedikit perbezaan here n there...

Cuma yg plg ketara, yang lama pakai ISDN, yang baru pakai IP address..CCTV yg skrg ni pun memang canggih..mcm kepale "WALL-E".hehe.. then ade la skit lunch di ketedarah...bukan disediakan tapi si mamat trainer tu yg bawa gi restoren kat tingkat bwh bangunan tuh...aku pun order nasi goreng medan dan tembikai..huhu..sedap..sampai tamat training dalam kul 3 lebih,aku gerak balik...


sedang serius fokus kat depan.......errr..camera



memang serius..sebelum waktu puncak... maksudnye sebelum waktu lunch daa..
sampai berkilat kepala ku...peloh2 jantan kuar nak tunggu lunch break..

si zaki sedang mengeja..kat belakang tu si Hafiz
sedang bertinta2 ngan si saiful( membontoti camera)
dan syed hafiz (terlindung) ...ni baru je naik atas
pas lunch....Fuh..sume dah sangap...nak balik awal...

"SELAMAT DATANG KE BUKIT BINTANG DAN KG PANDAN"
Mase nak balik tu, budak2 Melaka ni ajak gi
dinner kat Wangsa Maju...tp aku tak dapat nak join sebab
dah janji ngan orang lain nak kuar...hehehehe....jgn marah...

Ni muka tahap hepy sebab dapat makan lagi...kat Kampung pandan...
Baru je nak makan mee bandung...aku ke sini pun sbb sayang ku nak makan satay..
So aku bawa la sini memandangkan tmpt makan satay paling
dekat ngan Bukt Bintang tdKg. Pandan,aku bawalah dia ke sini..
aku pun kebetulan dah lame tak makan Mee Bandung Muar Pakcik Dolmat...
sedap memang mcm Mee Bandung Muar...sedap pekat dan
berempah enak..Nyum nyum...tapi ape nak buat,
kedai die tutup daaa...melepas lg..


Ini muka memang nak kena babap nih...flirt tak bertempat...ape jueh2 bibir tu?..
tahu la lapar nak makan satay,bawa2 lah bersabar yea ....sebelum tu pi amik
dia kat Bukit Bintang...dia datang ngan kawan2 gugurl dia gi Pay-V...tgok cite
"Pengakuan Ikhlas Si Mangsa Gila Membeli Belah"
(pandai2 lah korang translate dalam bahasa ibunda korang)



Ini muka dah tak tahan nak makan dah.....muka dan perut dah berkerot
nak makan satay...."kak, kasi satay ayam 15 cucuk, daging 5 cucuk~..."
Eh nad ni,mane ade orang order mcm tu...Ni pun 1st time gak
la aku dgr ade order mcm tu...tp mcm aku ok jer order mcm tu,
asalkan kita makan dan bayar la..tp kak tu nmpk pelik jer,
so aku update order tu"kak ,kasi 20 campur la"..15 minit later,
satay pun sampai dan 15 minit kemudian, satay pun habis
dibedal ..."kak,mee goreng satu"..hehehe..
perut aku lapar lagi...balun jgn tak balun...rasenye tak bace
Bismillah jer mase mkn satay td..trlupa kot..tu yg lapar lg tu..
huhu..harap2 bace doa makan mase mkn haritu..
sbb terlupe mcm bace je..tp bile aku bace?
"Kelas Bahasa Jepun"

Pada minggu ni, aku dah start mengaji kelas bahasa Jepun pd hari Selasa..kelas bermula jam 6.30 sampai kul 7.45 mlm.... tapi memang rush la...opis hour habis kul 6, dgn Federal Hway yg jam tu, aku sampai kat Japan Club tepat pada masanya...itu pun dah habis cilok sana sini...kalau tak,hurm..memang lmbt lagi la...ingtkan aku paling lambat, rupenye aku tak tahu ade teman sekerja aku pun ade masek kelas Bahasa Jepun nih... tp sume caya caya la... Si secretary, Cheryl, Felicia Goh, Feon dan Anne...aduh letih nak melayan mereka2 ni kat opis...rosak itu la rosak inila.. rupenye kat cni pun korang ade gak...aduhai..pening aku...tp keje tetap keje...keja itu ibadah kan...jgn spoil mood aku nak belajar dlm kelas ni sudah... yg paling aku ingt "arigato go sai ma su ka"...dan "sayonara" ...hahaha...yg lain smpi skrg tak ingt lagi...xpe2..nnti aku praktis la..ade homework nak kena siap kan tuh...dont worry Takahashi Sensei, i'll be good student...kah kah..azam yg maybe tinggal azam je kot..

"Pilihanraya Kecil 2 Bukit dan Satu Batang"

Aku ucapkan tahniah kepada Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin...kerana memenangi kerusi panas Bukit Gantang.. dan satu lagi kerusi di Bukit Selambau dan di Batang Ai...semalam puas aku pujuk Najib, kawan aku yg sangat meyokong kumpulan "Merah".. aku cakap,"xpela bro...X dapat Bukit, dapat Batang pun jadi la"...sejenak die terkedu sekejap,die senyum sekejap...lepas tu,muka die mencuka balik...tibe2 Najib bersuara sambil menahan sebak" sob sob, aku nak rasa gak Bukit..Batang tu jauh sangat la"...hurm.."xpela..nti ko tebus balik kat PU 13 nnti ek" kate aku.. no.13?..wau..nombor betuah aku tuh..ko ade harapan ke nak tebus kemenangan nih?..teringat cerita Friday the 13th yang mula di tayang pada Khamis lepas...citer seram la ape lgi...ingt malam ni nak pergi pasar malam beli cite nih...beli CD "local" yang 5 ringgit sudah...

"Cacat ke aku?"

Khamis malam jumaat lalu, aku ade dgr orang cakap aku cacat...aku cacat?...apakah definisi cacat?kenape "orang itu" panggil mcm tu?..dari sudut mane "orang itu" panggil aku cacat?...aku tak nafikan aku memang pekak skit la...orang lain ade je pekak tp xdelah smpai kena cacat?...aku pun tak paham..aku tak prnh nak bermusuh ngan orang...sbb aku mmg xde musuh....yela sapelah aku..entah la..kalau nak difikirkan memang pening...boleh dibuat bergaduh...tp yela...aku baik..(masuk bakul angkat sendiri..tp bakul tu pecah dan berlubang sbb aku berat sgt)..tp xpela...maybe die tak puas hati ngan aku..yea maybe pada masa lampau aku ade terguris hati "orang itu" dgn tidak sengaja.. harap diampun lah yea..malas nak pikir lame2... Haih.."terima kasih sayangku kerana terus-terusan menyayangi aku..Aku sayang kamu unlimited"

" Jumaat yang kuyup"


ni aku sedang mengipas baju...seee, baju aku basah... kena tembak dek hujan.. mase gi solat Jumaat semalam...mase nak on the way jalan kaki nak balik ke opis, hujan pulak turun tanpa diundang secara tiba2 dengan lebatnye.... pergh...dari jauh aku tgok ramai yg berlari2...mcm itik pulang petang...lari tergedek2.. aku pun berlari2 jgk nak smpi opis..orang kat belakang aku,tgok aku pun akan ckp mcm itik jgk .."kuek kuek"..aduh.."Minta nyawa!minta nyawa!"...mengah muka... mcm aku kat bawah nih...bernapas mcm kerbau...tak cukup napas...hua hua...


seluar basah kat bawah bukit pembelian nih..eh tibe2...bukanlah.
bukti seluar aku basah kuyup....baju aku pun basah..

Sempat gak lah aku snap gambr mamat bawah ni..
aku kenal kan..ni Si Hafiz Wahab.. Si tong dram...
dari jauh aku nmpk die lari mcm...hurm...susah nak cakap..
cume berharap dia tak jatuh tergelincir je...brsepah die lari...yela..
dah lame tak main lumbe lari kan....hahaha.. die pun sibuk nak aku
amik gambar dia....ape laie,aku upload dalam ni jgk la..
minta bini ko tgok muka ko yg pucat tu kat blog aku...
Hahahaha...

"Pencuri Air Coca-Cola"

Dalam keadaan aku dan Hafiz cooling down,lepak tmpt Imran,aku terperasan nmpk satu tin coca-cola.. aku belek2 dan aku terkejut "Aik ade name die?...laaa....panggil Hafiz suruh tgok,betul ke tidak ape yg aku tgok nih..aduh..pening aku..owh yea..Gelak sakan aku ngan Hafiz..baru aku perasan, hari tu die ade cakap 2 tin Coca-cola die baru beli kat 711, pas mgrb..die sambung wat keje kat tmpt lain,bile die balik ke tempat die semula, Tin- tin tu hilang...kena kebas.. tak tahu nak tuduh siape sbb tak nampak...ade staff lain yg stay back, tapi diorang dok jauh... yg berdekatan mmg takde dah...mase tu dah pukul 9 lebih..aku pun mmg ade pd tmpt kejadian..memang start air tin die hilang tu, die tulis name die sendiri..hahahah.... patutnye Al-Capone..lagi orang tak berani nak duduk sebelah ko..haha


tp aku memang tak minum Coke..aku boikot minuman gas berbahaya apetah lagi dimiliki oleh company Yahudi laknatullah..sungguh aku tak minum..kalau pi KFC atau burger King ke mmang aku minta tukar...jijik aku nak minum..yg kes ni,aku memang tak tegur la..lantak kau la nak minum...ko dah tua,so ko boleh fikir sendiri... banyak kes die ngan aku skrg nih...isk berbulu jer aku...tp xpela..kalau boleh aku taknak citer sini..biarla jadi rahsia bebudak department aku..

"Confirmation Letter aku"

Sepatutnya 6hb lepas, secara tidak rasmi nye aku dah confirm kerja kat cini..tp tiade khabar berita dari management kat Melaka..aku nak bengang pun entahla..sbb Kak ina cakap, kalau bising2 pun, tak gune gak...nak aku bising kat si Zailan, nnti aku kena balik..aku tahu care die sound memang keras..tp nak wat cemane kena tanye gak la...berharap sgt tu takla..maksud aku kalau confirm,alhamdulillah..kalau kena extend, memang aku tahu tak lain tak bukan si mamat berambut kerinting la jadi punca....mulut busuk dia memang aku dah tak tahan... tp bak kate kak ina, telinga die pun dah berbulu nak dgr die membebel dan merapu.."Akak dah immune dah ngan die nih"..aku ngan Hafiz berbulu ngan dia since dia cite tak betul haritu pasal kitorang tak keja dan tak tolong Hafez buat keje2 teknikal...untuk pengetahuan korang,aku ngan Hafiz incharge bahagian Application..tp kitorang xde hal nak buat keje2 teknikal sbb kitorang memang ade experience dalam teknikal specs ni..cume keje2 ni byk kpd skop keja si Hafez... dah kena tuduh, sangka buruk pulak kat orang Melaka dan HOD kitorang...aduh...campur hal semalam, memang aku nak tumbuk jer... biar rambut die gugur..tension dowh.. tp nak wat cemane..nnti sampai mase,aku, hafiz dan kak ina nak jumpe bos, kasi settle hal ni...kalau tak,memang sakit hati sampai bile2 la ni..upss dah tercerita..

p/s: Mael Bukhari, ko tahu siape yg aku maksudkan..so simpan senyap2 arr.. hurmm..Aku tak dapat bayangkan telinga aku kalau berbulu lebat mcm rambut...wuhuhu...Salam Takziah buat Zailan diatas pemergian Bapa mertuanya..

Al-Fatihah~

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Thursday, April 2, 2009

hidup tanpa rambut

salam semua...gua nak ceritakan sedikit pengalaman menjadi seorang yg tiada rambut selama 5 hari..hehe..Niat gua pada asalnye,hendak memotong rambut yg pendek level 1...kire botak jgk ...ade rambut..cume nipis jer...itu gua buat 3 minggu lepas..tapi kelimumur masih ade lagi.. gua keruk2, gugur sana sini...pening..hari2 seluar berhabuk...tak boleh tak garu, sebab gatal kan...mesti nak keruk...last2,gua decide nak botak...dalam hati berat..yela,dah 25 tahun berambut, tiba2 rambut xde...tapi gua perasan, kelimumur di kepala dah melekat dgn kulit..mcm ade selaput...buktinye, bila gua gi cukut kat kedai gunting rambut, mase si tukang gunting tu nak tarik pisau cukur tu,agak ketat,jerih,payah,membebankan,kasar...senang cite susah jgk la tgok die cukur..hasilnye,byk jugak luka...luka kena toreh dgn pisau cukur...care die buat memang menakutkan..tetapi nak wat camne...pasni,gua buat sendri la..gua memang kena cukur lagi..kasi rata..sebab tukang gunting tu,tak buat dgn kemas...so khamis malam jumaat, gua cukur lagi....buat sendiri...bubuh shave cream satu muka...dan kepala jgk...kemudian gua potong..
....maka licinla...bersinar2....maka setiap hari gua pakai minyak rambut gamat...untuk tutup luka ...dan bagi kepala bersinar2.... hurm..memang nyaman jer kepala...sejuk bila kena kipas..
Aaaaaah~....tak yah kipas la,bagi angin tiup pun rase sejuk jugak....
kat bawah ni, saje je nak selit abang2 gua yg hidup mereka sememangnya tanpa rambut dan telah bertahun2 bercukur dan tidak berdarah pun...(iyeke?)...
tapi gua tak pernah tahu pula,kenape sebenarnye mereka (kecuali gambar gua),botak kan kepale at the first place dan still bold until now..why?...hurm..renung2 kan dan selamat beramal~(eh eh tibe2)..


most likely,people at my office agree im like vin diesel...uhuk uhuk..
percayala...=p

rovilson fernandez..host for man icon,The Duke kat AXN channel..
mamat ni pun memang botak je since dalam rancangan amazin race asia lagi...
haha..kalah jgk ngan team akak dan adik vince..
(tulah,jgn over kondifen sgt)
ni abang gua paling brutal, Stone Cold Steve Austin...
ganas tahap makhluk maging...semua orang die nak bgi F#*K Y*U!!!
(gua je tak...sbb gua adik kesayangan dia..gua yg tunjuk kat die pulak..ehehe)


hehehe...kan kan?..ade persamaan kan pic antara ni kan?...
...hehehe...giler kent*t~
muka jer nampak garang..tapi berjiwa ke"papa"an..
(bukan papa kedana tuh...tapi bapa..)


p/s: tak bercadang nak botak lame2...nanti ade orang lari....huhu...

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!


Assalamualaikumwbh.
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah FikrahPeliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi Illal Liqaq
p/s: sebagai peringatan.mudah-mudahan
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Tuesday, March 31, 2009

10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Wallahua'lam

p/s:kalau menuntut ilmu dengan hati yg ikhlas, lagi la kan..(pikir sendri)


Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Syahida Ardilla...cantiknye dia..

Syahida Ardilla(tak tahu la cemane ejaan sebenarnye tp
itulah pronouncation yg ucu luahkan semalam)
lahir pada sekitar pukul 1.30 tghri..
sempat jugak la singgah semalam sekejap di
wad bersalin PPUM ..begitu indah si ardilla ni..kulit gebu..
suci dan bersih.. sempat jgk la pakaikan stokin kaki
dan tangan untuk si kecil nih...memang comey la die..
bertambah lagiadik sepupu yg baru..
di sini diselitkan gambar2 yg diambil semalam..

alalalala..comey sungguh


eh eh..main kenyit2 mate pulak...kocik2 dah nakal..

bersama ucu ucut yg busyuk... muka penat tu..
mase buat pun penat,mase nak kuar hasil
pun mestilah penat jugak kan..hehe

cak cak!!...kena ikat..mase pegang die,memang sejuk...cian dier..
amboi2..sempat lagi nak posing ala majalah mangga nih..

(sorilah senget,malas nak betulkan)




kehadiran "stone cold" memeriahkan lagi suasana...

p/s: atuk gua sedare belah mak punye kawan cakap,muka ardilla mcm muka gua mase kecik2..boleh percaya ke?..=p

Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

kesian Jenny~....

Nampak tak ade benda yang bersinar?...
agak2 ape?..teka lah..hurm..takkan bintang kot..
teka lagi...hurm..hantu?...kurang langsung tepat..
ape ek?..hurm..

hahaha..jawapannye..kucing gua bernama jenny..
apeda die ni...hampeh tul..tula nakal tak bertempat..tau gayat..
naik pandai pulak..siap berlagak2 cepat je naik..turn pulak tak reti..
dah mcm lembu naik tangga turun tangga pulak..
kesian jenny...kalau tak silap,semalaman die kat atas tu..
gua pun balik lmbt dari keje..smpi kul 9 lebih...
tahu2 jer nak mandi,solat ,chatting jap dan tidur je..
anak kucing jenny ni pada mulanya memang nakal dan garang..
mula2 yande bawa anak kucing ni ke rumah,
bile dikurungkan sekali ngan comot dalam satu sangkar,
mak oi garang betul..kalau boleh nak lawan si comot tula..
sib baek comot cool..tak lawan langsung..
(dari dulu pun asalkan kucing jagaan gua,insyaAllah mesti baek2 punye..)
tapi skrg dah ok..dua2 dah baek...ngan katam pun dah baik2..
mcm adik beradik..warna pun sama..
hitam dan putih jer...tapi tula..nakal memang tak hilang..
biasela anak kucing kan.duduk ngan kitorang pun
baru minggu lepas..cian jenny..adik beradik dia sume mati
kat opis yande tu..sume mati kena lenyek...
sebab tidur kat tayar...jenny je tinggal....
xpela..kitorang pun tg cari anak kucing betina...
yande pun bawak lah balik...boleh berkawan ngan comot..
mungkin jgk akan "dikawenkan" dgn comot jgk nnti..
hehe..semoga bertambah panjang lagi zuriat arwah jerry....
insyaAllah..


p/s: nak tgok ucu kat hospital nnti..on time jer ucu nak meletup tuh...huhu...tok wan pun ade kat sana...insyaAllah dpt lagi "sepupu baru".
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

mentol terbakar???..hurm


Korang rase ini kepala siape? sehingga sekarang ni,walaupun usia sudah berjubli perak, kepala ni masih dibayar fitrah tahuuuuu...hurm..kalau tgok dari sudut ni,memang tiada siape yg kenal..tapi bile dah tgok muke nye, perrrgh~....baek punye~

Hehe..

Saturday, March 28, 2009


mase sy start tulis nih,saya dalam keadaan bergelap selama sejam... tp baru nak cecah sejam, abah buka lampu cari spek nak tgok TV..aduh..xpela..at least sy dah cuba buat dan bersama jayakan...bersama2 dengan slaktivisme untuk usaha murni ni..

Tuesday, March 24, 2009

Lagu terhangat masa kini..Wonder pet 2x Kami datang~

Turtle Tuck ,Linny the Guinea Pig & Ming-Ming Duckling

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..


Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..
~~
hah hah hah hah (<--yang ni aku tambah.. =p)

*source-Billboard Top 50-24/03/09


p/s: chomel dowh ketiga2 makhluk istimewa ni..paling cute tp weird, si labi2 tu la "The Turtle Tuck"...labi2 paling famous kat dunia skrg si labi2 nilah..satu badan bertatu..kah kah kah..memang macho la.. gejala ni berpunca dari kak ummi nih..gua pun ape lagi,curilah ringtone wonder pet versi melayu kat hp die..memang masuk air betul kepale kak ummi nih..dah beranak satu pun tp perangai mcm..budek2 lg..perasaan mude le tuh..huhu..
dah la satu opis dia jaja ringtone nih.. ape yang penting,kerjasama~! sampai boss jepun nyanyi sekali..kuat nya pengaruh kak ummi kalau dia pasang ringtone yg lebih kurang gitu..hahaha..



Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Im back..

Banyak sungguh kisah yg terjadi pada minggu lepas...gua tak sempat nak tulis ape2..nak update kat office memang dah tak sempat dah..blok sini blok sana..sampai gugur rambut gua..yela nak configure PC sana sini..terutama pasal HMnet..aduh..pening..dah dari domain,nak masuk server in "run" pun dah payah dah..kena masuk pki admin pulak...dah tu tak leh nak salah log windows byk kali..mesti account log out..fuh..

sini gua rangkumkan serba sikit ape yg terjadi pada mg lepas mane yg gua ingt la..


ketama: hurm...jumpe nadia malam sabtu..lepak..kedua,sabtu lepas waktu bekerja pulak..but definetely the last working saturday..pasni start bulan 7 pulak..seronok jgk la..keje gomen lg rilek kan..seterusnye,tok wan gua makngah dan pakngah, ucu dan ucu amy dtg lepak dan ziarah ke rumah gua..saje berjalan2..lg pun cuti sekolah kan..al maklum pkngah n mngah adalah seorang guru..kebetulan turun kl nak hantar wani balik study kat gombak..ahad pulak gi singgah rumah pokteh yg baru siap renovate dari tengah rumah hingga belakang..fuuhh..memang besar..tak silap gua dah tambah dari 4 yg asal di tambah 2 bilik di atas, so dah jadi 6..hurm..berbaloi habis 80K..lawa and nice..very comfortable and like new house

..then singgah rumah yande..pun renovate gak..dalam 30K gak habis dek penangan penyewa2 yang bangang,dan kurang ajar..sepanjang 8 tahun mereka dok situ,rumah yg diorang duduki dah tak mcm rumah..dah mcm bengkel..busuk mcm kandang kambing..ruang tamu pulak diorang buat mcm bengkel motor..hampeh..sewa pulak tak pernah penuh..bil api dan air tertonggak hampir nak cecah seribu...sampah merata dan celah rumah..n paling teruk, diorang main cabut jer blah dari rumah tu...semua taknak bayar..memang kurang ajar..mak bapak tak ajar ke..celaka betul.. aduh..sori arr..maybe korang takleh nak rase ape yg gua dan famili gua rase..xpe...gua paham...maaf di atas kekasaran kata2...ya ampun....

"wah dini wa a fini wa'fuanni Ya Allah" dahtu terus menjengah ke rumah di Nilai...nak cek tombol pintu kayu yg gua rosakkan 2 mg lepas..hehe..bukan sengaja tp ter kuat pulak menekan sampai terpusing terbalik...xpe mg ni dtg lg and terus baiki..insyaAllah..

nak baiki sampai rambut gugur..macam kat bawah ni..huhu..before n after 17th March yg lalu..

ade orang panggil "baby" la,"cutela"..ade satu lagi tu pulak,"wooo kalau ko botak,nmpk lasak oo".. aduh..tp y paling byk komen disini,diorang tanye "eh nape botak ni,ko bernazar ek?"..pulak dah.. suka2 nak botak x boleh ke..gua tgok kavitha,colleague gua botak korang tak tanye mcm tu pulak..cet..

ok citer dah hbs...nnti2 lah..salam



p/s: "eh Kavitha,kenapa awak botak?awak bernazar ke?..=p



Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia







Sunday, March 22, 2009

makcik giler kentang(seks)

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...



" JANJI TAU..!!"..


p/s: hampeh punye makcik..

Friday, March 20, 2009

"Undo Send" - New from Gmail Lab

Adding to its arsenal of features that can save you from yourself, Google is launching a Gmail Labs feature called "Undo Send," that lets you abort the sending of any Gmail message--if you use it within five seconds.


Get back to where you once belonged.

(Credit: Google)
Other user-preservation features already available include Gmail's capability to watch for words like "attached" in the body of an e-mail and to alert you if there are no attachments to the message; and a feature in Google Apps (the corporate version of Gmail) that puts orange borders around the names of e-mail recipients that are not inside your company--to alert you to not send confidential information where you shouldn't.

Also, last year Google launched the "Mail Goggles" Labs feature that prevents you from sending e-mails during the small hours of the morning unless you pass a simple math test. It's designed to prevent drunk e-mailing.

Undo Send is a much smarter feature. We've all regretted pressing "send" on e-mails. Sometimes we realize, too late, that our message is a "reply all" when it shouldn't be. Or that we spelled something wrong. Or that we were angry and shouldn't have sent it at all. Undo Send lets you snatch an e-mail back before it gets sent out. But you have to act fast.

Google product manager Keith Coleman told me that internal testing of the feature, which was created by a Google engineer in Japan as a side project, indicated that five seconds was an appropriate compromise between the ability to recall an errant message and the need to not introduce lag to e-mail conversations. "Adding a delay could be potentially frustrating," Coleman said. I'm not sure the rest of the world is as agile with the mouse as Google's internal testers, but Coleman also told me there's an option to increase the un-send time window to 10 seconds. "We may decide to add longer options," he said.

I'm one person who'd like the option to introduce a longer waiting period, or an "outbox" where queued messages reside for a minute or two before being sent. This is what I do with my desktop e-mail client, Outlook, and Gmail users can get a similar function if they switch to offline mode before they start composing messages. But for most users, who run Gmail in online mode, Undo Send is a good emergency valve.

To activate the Undo Send option, click on "Settings" in Gmail and then the "Labs" tab.



source: http://news.cnet.com/8301-17939_109-10200370-2.html


p/s:canggeh ooo skrg..


Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia

Thursday, March 19, 2009

Camelia

Camelia
maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku
Kau wanita terhebat

Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku

[!]
Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

[!!]
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku
Camelia…


Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
_
_

p/s: bila tgok lirik nih,mak gua pulak yg sedih...
_
_


Demi.Omak.Bapak.Dan.Adik-Adik.

Kenyataan Datuk Shahrukh Khan di India Today

Mumbai, 19 Mac: Datuk Shahrukh Khan memberitahu
India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita
bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari
bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita
di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali.
Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."Ketika
ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan
dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang
mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka
tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha
kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan
berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan
kepakaran berbahasa Melayu.Beliau juga menyatakan
harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali
Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti
Melayu itu."Memang saya sependapat dengan KuLi,
kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding
seperti juga salah menghalangnya daripada membuang
undi (dalam pemilihan Umno)."Datuk Shahrukh Khan
yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri
dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang
juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya
sebagai Ketua Menteri."Masih banyak lagi tokoh
Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan
baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut
diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan
Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran
selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin
akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi
saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar
Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang
dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah
daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya
terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah
didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."India Today
dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon
popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati
bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang
membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang
didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.
"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu
saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini,
meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana.
Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri
Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah
membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan."
Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan
pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul
'Ama Apa, Scapegoat'."
* Ini hanyalah satira, kalau kau percaya tak tahulah nak cakap apa lagi!
Posted by Faisal Tehrani at tehranifaisal.blogspot.com
p/s:memang pedas la bro..baek punye..
Demi.Tuhan.Aku.Dan.Dia